Analisis: 3-4-3 Arsenal, Potensi, Kekuatan Dan Kelemahan

Arsenal baru-baru ini menggunakan formasi 3-4-3. Ini bukanlah pertama kali mereka menggunakan sistem 3-4-3. Mereka menggunakannya ketika menentang Spurs pada awal musim.

Namun yang menariknya, di bahagian serangan 3-4-3 mereka nampak lebih tajam.

Arsenal menang ke atas Middlesbrough di dalam perlawanan tersebut. Ini telah membantu mereka meneruskan lagi cabaran mereka untuk 4 teratas.

Efektif?

Dalam menilai taktikal 3-4-3 mereka efektif ataupun tidak, ianya sangat sukar kerana ianya dilakukan ketika perlawanan menentang pasukan yang bergelut.

Jadi, kami mengambil pendekatan untuk tidak terlalu ghairah memuji keberkesanan 3-4-3 Arsenal di dalam perlawanan ini.

Dalam perlawanan menentang Spurs dahulu, mereka agak bergelut dengan corak serangan di half-space dan zon 14.

Oxlade Chamberlain sebagai bek sayap

Dalam perlawanan menentang Boro, Alex Oxlade Chamberlain adalah pemain yang bermain baik dalam sistem ini kerana mobiliti yang ada pada beliau.

Keserbabolehan beliau terserlah di dalam perlawanan ini. Beliau juga menawarkan kemampuan beliau untuk melakukan hantaran lintang kepada Giroud.

Dari seri kerajinan dan semangat untuk memberikan servis, Oxlade memang pemain yang baik. Namun apabila sampai ke aspek bertahan. Beliau masih perlu memperbaiki isu ini.

Namun kami percaya peranan ini akan menjadi peranan kegemaran Bellerin.

Bek bertiga

Isu yang harus banyak diperkemas adalah kualiti bek bertiga. Rob Holding mungkin akan kekal di dalam pasukan jika mereka mahu meneruskan sistem bek bertiga ini.

Jadi, Gabriel akan kehilangan tempat di bek bertiga. Jika dilihat kepada struktur di tengah mereka memerlukan pemain yang lebih keras bertahan berbanding dengan Xhaka dan Ramsey.

Mungkin impak domino itu membawa kepada Xhaka atau Ramsey yang akan kehilangan tempat jika Mustafi kembali ke bek bertiga.

Dalam sistem ini, bek bertiga mereka sangat memerlukan seorang yang boleh menjadi Libeiro seperti yang dimainkan oleh David Luiz di Chelsea.

Siapakah yang akan menggalas tugas ini?

Tengah

Satu nama yang terus tiba di kepala kami adalah Santi Cazorla. Pemain ini akan memberikan dimensi yang lebih baik dengan kemampuan untuk menjadi deep lying playmaker dan boleh bertahan di tengah.

Dalam perlawanan menentang Middlesbrough, pemain tengah mereka terlalu banyak melakukan hantaran ke sisi dan ke belakang.

Dari segi corak hantaran, ianya mudah dijangka kerana mereka terlalu mencari pemain di bahagian sayap dan kurangnya hantaran lebih vertikal.

Tidak pasti apa yang berlaku kepada Xhaka. Beliau adalah deep lying playmaker. Tetapi kadangkala terlalu lama untuk membuat keputusan.

Beliau harus meningkatkan visi. Xhaka musim ini bermasalah untuk mengimbangi peranan sebagai perancang dari tengah dan juga kerja bertahan di tengah.

Di antara Xhaka dan Ramsey, kelihatan Ramsey lebih baik dalam sistem ini untuk beroperasi di tengah. Ini kerana sifat box to box yang ada pada Ramsey.

Sistem tengah mereka cukup baik untuk menyebarkan (spreading) hantaran ke bahagian sayap, namun masih ada masalah organisasi apabila diserang di tengah. Mereka perlu mempelbagaikan lagi variasi hantaran bahaya dari tengah.

Ini mendedahkan bek bertiga mereka kepada ancaman. Pada masa yang sama bek bertiga mereka juga masih dalam proses untuk adaptasi.

Alternatif untuk mendapatkan yang terbaik dari off form player

Pemilihan sistem yang berbeza oleh Wenger ini adalah lebih kepada mendapatkan yang terbaik daripada pemain yang kurang menyerlah dalam sistem 4-3-3 ataupun 4-2-3-1.

Di bahagian serangan ia cuba memberikan Sanchez peranan mirip Eden Hazard di Chelsea.

Mereka menggunakan pemain seperti Giroud untuk menjadi target man yang boleh bertindak sebagai pembekal bola kepada 2 pemain di sekitar beliau, Ozil dan Sanchez.

Ozil dan Sanchez tidak ada masalah bermain sistem ini kerana ia memang dicipta untuk mereka.

Arsenal perlu memperbaiki sistem transisi kepada pertahana. Misalnya membentuk formasi 5-4-1 dengan segera.

Mungkin Arsene Wenger harus menghubungi Allegri untuk memperbaiki sistem mereka. Sebab nak hubungi Conte mungkin segan.

Agak ironi, Allegri pun dalam radar untuk ke Emirates.

Apa kata penyokong Arsenal? Adakah anda rasa Arsenal harus menamatkan musim ini dengan 3-4-3?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN