Revolusi bola sepak Indonesia semakin menjadi-jadi ketika ini.
Selepas pemain-pemain seperti Michael Esseien, Peter Odemwingie dan juga Carlton Cole menyertai kelab seperti Persib Bandung dan juga Madura United. Kini Momo Sissoko juga menyertai revolusi bola sepak Indonesia!
Bekas pemain Liverpool itu menyertai kelab bernama Mitra Kukar dengan kontrak sehingga tamat musim 2017.
Jeneral di tengah
Menurut laman Goal Indonesia, Sissoko diikat kontraknya bersama Mitra Kukar sebagai pemain marquee untuk pasukan tersebut.
Kehadiran Sissoko yang memasuki usia 32 tahun pada 2017 merupakan penambahan yang cukup baik buat pasukan tersebut.
Hal ini kerana menurut Jafri Sastra yang merupakan jurulatih Mitra Kukar, kehadiran Sissoko cukup membantu kerana baginya pemain tersebut ibarat jeneral di tengah padang.
Menurut Jafri, Sissoko merupakan seorang pemain yang luar biasa yang mampu mengawal rentak permainan di tengah padang.
Seperti yang kami khabarkan di awal artikel, kontrak Sissoko hanya akan bertahan sehingga penghujung musim 2017.
Namun begitu, prestasi beliau akan dinilai selepas tamat musim 2017 dan jika prestasinya memuaskan maka kontrak baharu bakal ditawarkan kepadanya.
https://www.instagram.com/p/BS1KdPRD5Os/
Mitra Kukar adalah sebuah kelab bola sepak Indonesia yang beraksi di Liga 1 Indonesia yang merupakan liga tertinggi di sana.
Kelab yang berpengkalan di Kalimantan Timur ini pertama kali beraksi di divisyen tertinggi Indonesia pada musim ini.
Untuk rekod, kelab ini pernah bertemu pasukan Pahang pada 1989 ketika pusingan kelayakan kejohanan AFC ketika itu.
Baca juga: John Terry Ucap Selamat Tinggal Chelsea Selepas 22 Tahun Bermain Untuk The Blues