Hairuddin Omar Terima Anugerah Usahawan Bestari Gemilang ECER 2017

Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar baru-baru ini telah menerima anugerah diatas pencapaian beliau dalam bidang perniagaan.

Anugerah yang diterima oleh bekas wira Terengganu itu adalah Anugerah Usahawan Bestari Gemilang Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi tahun 2017.

Anugerah tersebut diterima atas kapasiti Hairuddin yang merupakan orang kuat kepada perniagaan Adeqsue Resources yang dijayakan beliau bersama 2 lagi individu lain.

Adeqsue Resources merupakan sebuah perniagaan yang menghasilkan sos ikan bakar sebagai keluaran utama syarikat.

Selain daripada itu, Adeqsue Resources juga menghasilkan barangan-barangan lain seperti sos ikan bakar petai, sos tiga rasa, sambal bilis, tepung serbaguna dan sambal belacan segera.

Perniagaan yang diusahakan oleh Hairuddin bersama 2 lagi individu ini berpengkalan di Seberang Takir yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.

Syarikat ini telah memasuki 3 tahun perniagaan sejak ditubuhkan 2014 dan telah diterima baik oleh pasaran luar selepas menyertai Manchester Food Festival di England satu masa dahulu.

Anugerah Usahawan Bestari Gemilang ECER 2017 yang diterima oleh Hairuddin disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Hairuddin menerima wang bernilai RM 5 ribu serta sebuah trofi.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan tahniah kepada Hairuddin dan juga semoga terus berjaya dengan perniagaan beliau!

Baca juga: Skuad Pahang Adakan Lawatan Ke Sekolah, TMP Serah Sumbangan Wang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN