Presiden JDT Ajak Penyokong Berikan Kepercayaan Kepada Mora

Presiden JDT, Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim menggesa agak penyokong JDT berikan kepercayaan kepada Mora.

Benjamin Mora telah menjadi sasaran pengkritik selepas tewas 3-2 di tangan Global FC serta beberapa keputusan kurang memberansangkan sebelum ini.

Penyokong juga kerap mempersoalkan pemilihan pemain dan taktikal Benjamin Mora. Ada penyokong mulai panik dengan situasi semasa JDT dan menyifatkan Benjamin Mora mungkin bukan jurulatih yang tepat untuk JDT.

Tun Aminah/ Sumber foto: JST

Hal ini telah mendapat perhatian daripada Presiden Kelab, Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim. Dalam status terbaru JST semalam, Tun Aminah telah memberikan mesej berbunyi:

Berikan masa kepada Mora

“JDT perlu memberi masa kepada Benjamin Mora dan memahami bahawa setiap perubahan dalam bola sepak memerlukan masa.”

“Benjamin Mora mengambil alih JDT dengan semua pemain luar negara yang berbeza, pemain yang berbeza.”

Mora bekerja tanpa marquee player!

“Anda tidak mempunyai pemain yang bagus seperti Hariss, anda tidak mempunyai pemain yang hebat seperti Martin Lucero, Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa.”

“Saya pernah bersama dengan pemain-pemain yang bagus dalam kelab ini. Dan ianya berbeza.”

Pasukan sedang membentuk keserasian

“Kini, bukan sahaja mereka tidak mempunyai kesemua pemain yang bagus ini tetapi pada masa yang sama anda perlu memahami bahawa mereka juga dibarisi pemain tempatan yang baru.”

“Jadi ianya mengambil masa tetapi saya yakin kerana saya berada di JDT dan saya tahu sistem di JDT.”

JDT akan lebih kuat pada musim mendatang

Tun Aminah yakin projek yang sedia ada akan menjadi asas kukuh kepada pembentukan pasukan JDT yang lebih kuat musim-musim mendatang.

Tun Aminah berkata:

“JDT akan menjadi pasukan yang kuat pada tahun hadapan dan tahun-tahun akan datang. Buat masa ini, ianya adalah tahun untuk tempoh penyelarasan.”

“Dan semua harus menyokong Benjamin Mora kerana beliau adalah seorang jurulatih yang baik.”

Baca juga: 5 Perkara Daripada Perlawanan Global FC Tewaskan JDT 3-2

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN