FMLLP Akan Hukum Pasukan Liga Malaysia Yang Ingkar Peraturan Liga

Pihak FMLLP akan mengambil tindakan serius kepada semua pasukan Liga Malaysia yang berlaku ingkar terhadap peraturan yang telah ditetapkan.

Semalam, pihak FMLLP telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai pengesahan mengenai pasukan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana pada musim 2017.

Dalam masa yang sama, pihak FMLLP telah mengeluarkan satu lagi surat makluman kepada seluruh pasukan Liga Malaysia mengenai peringatan agar mematuhi peraturan liga.

Tindakan serius

Pihak FMLLP akan berlaku tegas dalam mengambil tindakan terhadap pasukan Liga Malaysia yang melanggar pertaturan liga.

FMLLP turut mengkhususkan peringatan itu terhadap 2 pasukan Liga Super dan juga 3 pasukan Liga Perdana yang belum lagi melangsaikan bayaran gaji terhadap pemain mereka.

Menurut FMLLP, 5 pasukan tersebut belum lagi menyelesaikan beberapa perkara lain seperti menyelesaikan bayaran semua gaji dan tunggakan gaji Pegawai dan Pemain musim 2016 hingga November 2016 serta mengemaskini KWSP dan PERKESO.

Di pihak FMLLP, mereka akan akan terus berhubung dengan 5 pasukan Liga Malaysia yang masih belum lagi menyelesaikan masalah ini.

FMLLP boleh mengambil tindakan tegas terhadap pasukan mengikut Perkara 16.3.d (mukasurat 33), Perkara 37.2 (mukasurat 50) dan Perkara 43 (mukasurat 54) Manual Liga Malaysia 2017.

Jadi apa yang akan menanti 5 pasukan tersebut sekiranya mereka gagal menyelesaikan semua perkara yang dituntut?

Pihak FMLLP akan mengenakan hukuman dan tindakan pemotongan mata boleh dilakukan.

Baca juga: Kedah FA: “Kami Bersedia Berunding Dengan FAM Mengenai Tan Cheng Hoe”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN