Jurulatih terbaik Jerman untuk tahun 2016, Julian Nagelsmann meraikan kemenangan ke atas Bayern Munich bersama pasukan beliau.
Ini adalah kemenangan pertama Hoffenheim ke atas Bayern Munich selepas 17 perlawanan. Lebih signifikan, ia juga perlawanan Bundesliga ke-200 untuk Hoffenheim.
Hoffenheim terus cemerlang musim ini. Mereka kekal berada di tangga ke-3, dengan dipisahkan 1 mata di belakang RB Leipzig.
Mereka sudah boleh berkira-kira untuk memikirkan kempen musim hadapan dengan adanya UCL.
Ini adalah kekalahan ke-2 Bayern dalam Bundesliga musim ini. Namun begitu Bayern masih 13 mata di hadapan Leipzig.
Leipzig masih ada 1 perlawanan di dalam tangan. Jika mereka menang pun, Bayern masih ada kelebihan 10 mata dengan baki 7 perlawanan lagi.
Gol kemenangan Hoffenheim dijaringkan oleh Andrej Kramarić pada minit ke-21.
Bayern Munich memberikan malam sukar untuk Hoffenheim dalam usaha mereka mencari gol penyamaan. Bayern mendominasi sebahagian besar perlawanan ini.
Bayern melakukan 21 cubaan gol namun cuma 6 yang tepat. 7 lagi berjaya dihadang oleh pemain-pemain Hoffenheim.
Bakal pemain Bayern Munich musim hadapan, Niklas Sule antara pemain yang cemerlang bertahan dalam perlawanan ini. Penjaga gol, Oliver Baumann adalah hero sebenar Hoffenheim. Beliau cemerlang melakukan 5 saves.
Kemenangan ini menagkhiri rekod tanpa kalah Bayern Munich dalam 21 perlawanan, selepas kali terakhir tewas di tangan Borussia Dortmund.
Selepas ini, Bayern akan menentang Dortmund dalam perlawanan panas Der Klassiker di Allianz Arena pada 8 April.
4 hari selepas itu, mereka akan berkunjung ke Santiago Bernabeu untuk menentang Real Madrid dalam suku akhir pertama UCL.
Baca juga: Julian Nagelsmann, Jurulatih Muda Yang Sedang Menggegarkan Bundesliga