Analisis: Falsafah Taktikal 3-4-1-2 Kiatisuk Senamuang, Sistem Gerakan Segera

Digelar Zico Thailand, beliau adalah Kiatisuk Senamuang. Lagenda Thailand dan juga Perlis. Dalam analisis kali ini, saya cuba merungkai pengurusan taktikal Kiatisuk Senamuang.

Ketika menjadi pemain, pasukan Thailand pertama kali mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia pada 2002. Ketika menjadi jurulatih, pasukan Thailand mara sekali lagi ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018.

Itulah keistimewaan Kiatisuk Senamuang di dalam bola sepak Thailand.

Falsafah dan pendekatan taktikal

Kiatisuk adalah jurulatih yang memiliki falsafah bola sepak moden. Beliau antara asas kepada pembentukan pasukan Thailand yang ada pada hari ini.

Pernah menguruskan kelab besar di Thailand termasuk Chonburi dan Bangkok United. Beliau juga pernah menjadi jurulatih pasukan B-23 tahun Thailand.

Selepas itu, beliau dinaikan sebagai jurulatih tetap selepas beberapa bulan menggalas tugas sebagai interim.

Ia salah satu penghargaan dan merit kepada Kiatisuk yang berjaya membentuk pasukan Thailand B-23 tahun dengan falsafah yang sangat menarik dan moden.

Mereka menang pingat emas Sukan SEA 2013.

Falsafah beliau adalah permainan bola sepak yang berasaskan bola rendah dan mencipta peluang dalam ruang yang kecil. Lihat aksi 27 sentuhan ini melibatkan pemain-pemain mereka.

1. Formasi

Kiatisuk Senamuang tidak terlalu bergantung kepada satu formasi sahaja. Beliau boleh mengendalikan 4-4-1-1 dan 4-1-4-1.

Namun, beliau memperoleh banyak kejayaan pada akhir karier di Thailand dengan formasi 3-5-2 ataupun 3-4-1-2.

2. Sistem perancang dari belakang

Kiatisuk menggemari pemain yang boleh melakukan hataran kunci ataupun laser passes dari belakang.

Dalam sistem bek bertiga beliau, Tanaboon adalah pemain penting. Pemain ini bertindak sebagai libeiro.

Tanaboon akan melepaskan hantaran berkualiti, bukannya long ball bodoh yang kerap kita lihat. Ini adalah break away passes!

Ketika proses ini, pemain dari belakang serangan bertiga (jika dalam 3-4-1-2) akan bergerak ke hadapan. Ini untuk memberikan sokongan secara ruang dan juga formasi.

3. Sistem pivot yang bervisi tinggi

Saraach Yooyen antara pemain yang dibangunkan menjadi bakat yang hebat. Pemain yang terkenal dengan kemampuan menjadi konduktor orkestra ini adalah pembekal kepada pemain di hadapan.

Perubahan arah bola dan circulation sangat penting di bahagian pivot. Yooyen dan sesiapa sahaja gandingan beliau di tengah akan sentiasa cuba meminta dan mengalirkan bola segera.

4. Sistem serangan

Dalam sistem 3-4-1-2, mereka menggunakan Chanathip Songkrasin yang bermain sebagai perancang sayap (wide playmaker) dalam posisi sayap tengah / central winger.

Peranan yang mirip no.10 tetapi sangat aktif untuk bergerak ke bahagian sayap sama ada untuk menerima bola, membukan ruang dan mencipta peluang.

Anda boleh baca artikel: Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10

Selain itu, pemain seperti Teerasil Dangda juga boleh membetuk 3-4-2-1 dengan berkongsi platform dengan Chanathip di belakang pemain no.9, biasanya mereka memilih target man, Siroch Chattong.

Jadi, pembentukan 3-4-1-2, 3-4-2-1 ataupun 3-4-3 sangat bergantung kepada positioning Teerasil dan Chanathip.

Mereka sangat aktif untuk membentuk unit yang memenuhkan (overloading) final third dengan segera. Praktikalnya mereka menghantar bola segera dan bergerak segera.

Lihat cara mereka membina gerakan dengan memecahkan kawasan padat (tight area) yang juga dipanggil zon 14.

Mereka akan cuba bermain dalam ruang kecil di kawasan padat dengan permainan kombinasi yang serasi menggunakan hantaran bola rendah.

Selain itu, mereka juga menggunakan sistem decoying no.9 dengan Siroch Chatthong. Pemain ini akan cuba menghubungkan bola (link-up)  serta melakukan lay off (setting) kepada pemain di sekita beliau.

Ini mirip peranan Giroud ketika di Perancis pada Euro 2016 tempoh hari.

5. Sistem pertahanan bek sayap

Sistem pertahanan mereka sama ada bek bertiga yang membentuk bek berlima ataupun sistem bek berempat biasa.

Namun tumpuan lebih kepada cara pengurusan bek sayap dalam sistem bek bertiga. Ianya pendekatan yang tidak selari / assymetrical. Tristan Do sangat ofensif.

Manakala di kiri, pemain seperti Perapat Nootchaiya akan lebih defensif.

Ini kerana aktiviti serangan di didukung oleh Sarach Yooyen, Teerasil dan Chanathip.

Tristan Do kerap menjadi sasaran utama hantaran dari libeiro dari belakang kerana mobiliti yang tinggi ada pada beliau.

Ketika Tristan Do mendapat bola, pemain lain akan terus memenuhkan kotak penalti. Manakala di tengah atau di kiri, libeiro kerap menuju Chanathip.

6. Transisi dinamik

Seperti mana taktikal bek bertiga lain, mereka akan cuba bertahan dengan rantaian berlima ataupun chain of 5.

Biasanya mereka akan bertahan dengan 5-3-2. 3 pemain di tengah akan lebih defensif jika berhadapan dengan pasukan yang lebih berkualiti.

Jika mereka berhadapan dengan pasukan yang kurang kualiti, ianya lebih longgar. Tetapi buat Kiatisuk sentiasa menganggap lawan seperti Malaysia, Filipina, Indonesia dan Vietnam antara lawan sukar.

Apatah lagi kalau menentang Jepun. Beliau sampai tidak tidur untuk memikirkan taktik berhadapan dengan Singapura.

Ketika menyerang mereka akan cuba berkembang kepada 3-2-2-3. 2 bek sayap akan menjadi lebar pasukan. Ini adalah contoh binaan formasi mereka ketika menyerang.

Di atas ini contoh 3-2-2-1-2. 3-2-2-3 akan dibentuk kerana fluiditi yang ada pada Dangda dan Chanathip. Manakala Tristan Do ataupun bek sayap kiri mereka boleh membentuk attacking 4.

Tristan Do akan sentiasa cuba berada di half space untuk menawarkan opsyen kepada rakan. Beliau juga kerap membentuk serangan berempat.

Lihat kedudukan beliau di sini, cara beliau beroperasi di half-space.

Kiatisuk Senamuang akan cuba mengarahkan pemain beliau supaya  sedaya upaya dengan segera memastikan bola keluar dari garis belakang dan dihantar ke sisi.

Dari sisi mereka akan cuba memberikan bola kepada Chanathip mahupun Teerasil yang sangat bagus dengan bola di kaki.

Kelemahan

Tatikal ini agak bergantung kepada hantaran libeiro. Apabila berhadapan dengan lawan yang lebih besar mereka perlu menukar method.

Antara pilihan mereka adalah hantaran terus ke no.9 yang akan bermain decoy. Chattong akan cuba menjadi pembekal bola kepada pemain di sekitar beliau.

Jika pemain lawan menutup atau mengasingkan (isolating) Chattong dari organisasi, mereka akan bergantung kepada gerakan Chanathip.

Seterusnya adalah, mereka kerap gagal mematikan serangan balas. Lebih-lebih lagi mereka kerap menggunakan pendekatan memenuhkan final third.

Mereka juga masih banyak kelemahan dari segi teknikal berbanding dengan pasukan seperti Jepun dan UAE. Namun secara taktikal Thailand tetap pasukan untuk ditonton.

Jika aspek teknikal ini diperbaiki, tidak mustahil Thailand akan menjadi pasukan yang akan beraksi di Piala Dunia terutama sekali yang menawarkan kuota yang lebih banyak pada 2026.

Rumusan

Secara ringkasnya, taktikal beliau adalah berasaskan free flowing football yang mengalirkan bola segera. Pemain perlu berani bermain dengan ruang sempit dan cuba memenuhkan kotak penalti dalam koordinasi tertentu.

Pengunduran beliau dari pasukan kebangsaan Thailand kerana gagal mencapai keputusan yang baik di pusingan kelayakan.

Secara adilnya, ia adalah kerana isu teknikal. Kualiti pemain Thailand yang masih belum setanding pesaing mereka seperti Jepun, UAE dan Australia.

Secara taktikal, jelas Kiatisuk sudah memberikan dimensi baru dalam bola sepak Thailand. Namun sayangnya, kadangkala peminat bola sepak lebih menghentam jurulatih tanpa melihat skop lebih luas.

Adakah Thailand akan mengekalkan DNA bola sepak ini? Atau kembali ke cara lebih Inggeris seperti sebelum ini.

Baca juga: Analisis: Falsafah Taktikal Tan Cheng Hoe Di Kedah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN