Analisis: Falsafah Taktikal Tan Cheng Hoe Di Kedah!

Falsafah Taktikal Tan Cheng Hoe memang menarik. Beliau antara jurulatih tempatan yang terbukti dengan falsafah bola sepak moden.

Tan Cheng Hoe dan 4-2-3-1

Ketika revolusi taktikal bola sepak berpaksi kepada nama Guardiola, formasi moden 4-2-3-1 sangat menjadi pilihan ramai jurulatih.

Anda boleh baca artikel kami Menghurai Formasi Taktikal 4-2-3-1 Moden

Formasi yang menjadi asas kepada gegenpressing di Dortmund dan juga formasi yang memberikan kejayaan kepada Mourinho ketika di Real Madrid.

Walaupun Pep Guardiola memiliki banyak set formasi di dalam perlawanan, namaun 4-2-3-1 antara formasi penting dalam poket beliau.

Realiti di Malaysia, di kala jurulatih lain masih terikat dengan taboo 4-4-2 atapun 4-3-3, Tan Cheng Hoe mengambil pendekatan 4-2-3-1.

Beliau membutktikan, beliau ada kajian yang baik tentang formasi ini. Pernah beberapa kali mencuba taktikal dengan target man berkembar 4-4-2, Kedah kerap sukar memberikan aksi terbaik walaupun menang.

Meskipun mereka ada Shane Smeltz dan Thiago Augusto di hadapan gol.

4-2-3-1 Kedah di bawah tan Cheng Hoe

Secara ringkasnya, ia adalah taktikal yang dinamik dan fluid. Mereka memiliki banyak sumber kuat (strong sources) di dalam padang.

Bukan sahaja di tengah dengan box to box Liridon Krasniqi, malah mereka ada sistem sayap yang baik di kiri dan kanan yang tajam.

Pertahanan

Sistem Zonal Marking yang berasaskan space marking. Beliau suka menggunakan sistem sokongan yang pro-aktif dari garisan pertahanan.

Di sisi mereka ada sistem bek sisi yang ofensif. Memiliki kombinasi bek tengah yang digemari dalam bola sepak moden iaitu, ball playing center back dan ball winning center back yang kental.

Zac Anderson antara bek yang sangat baik dalam ball playing manakala pemain seperti Khairul Helmi pula jelas pemenang bola yang kental.

Khairul Helmi/Kedah – kredit gambar : asiana.my

Pada musim lalu, Tan Cheng Hoe menukar peranan Bang Seung Hwan dari pemain tengah pertahanan kepada bek tengah. Ini untuk mendapatkan elemen ball playing yang ada dari Bang.

Sebab itu anda akan lihat kerapkali Bang Seung Hwan ada masalah dengan disiplin dalam bertahan kerana dia masih merindui peranan no.6.

Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik untuk tidak menyambung khidmat Bang dan mendapatkan pemain ball playing center back tulen, Zac Anderson.

Pengurusan tengah

Sistem no.6 sebagai deep lying playmaker memang sangat menarik. Tan Cheng Hoe keluar dari stereotaip bahawa pemain tengah pertahanan/ no.6 perlu keras.

Beliau memberikan kepercayaan keapda Amirul Hisyam yang tidak agresif dan kurang permainan fizikal.

Tidak ramai jurulatih di Liga M yang akan mengambil Amirul dengan peranan no.6 yang menjadi quarter back ketika pasukan dalam transisi untuk menyerang.

Lihat pelan taktikal di bawah. Ketika transisi, Amirul akan masuk ke zon quarter back, 2 bek sisi akan menjadi ofensif dan Liridon akan bergerak aktif. Mereka sedang dalam 3-4-2-1 .

Musim ini mereka ada Akram Mahinan yang lebih terhad/limited namun saya yakin beliau masih dalam transformasi.

Paling penting adalah peranan kotak ke kotak atau box to box oleh Liridon Krasniqi. Tan Cheng Hoe ada Baddrol Bakhtiar sebagai pilihan kedua untuk peranan ini.

Salah satu sebab Baddrol kehilangan posisi tengah kerana kualiti oleh Liridon dan Tan Cheng Hoe realistik bahawa Amirul lebih baik dari Baddrol untuk bermain dalam sistem no.6 moden.

Tan Cheng Hoe memberikan Baddrol peranan sebagai pemain sayap kanan. Namun musim lalu, Baddrol lebih rigid dan pemain sisi yang konservatif.

Musim ini Tan Cheng Hoe mulai memberikan Baddrol satu projek khas iaitu bermain di half space sebagai inside forward ketika pasukan dalam proses menekan lawan dengan serangan.

Ini membolehkan Baddrol lebih berpotensi mendapat ruang untuk melancarkan sniper shot.

Dalam perbualan saya dengan Baddrol baru-baru ini, beliau memang mengakui, peranan khas itu memang diwujudkan oleh Tan Cheng Hoe.

Ini kerana banyak pasukan di Liga M yang masih lemah dalam mengekang pemain di half space.

Baddrol mengakui peranan itu membuatkan beliau lebih bebas. Jika bek tengah keluar untuk mengekang beliau, mereka akan mencipta ruang di belakang.

Jika bek sisi pula datang mengekang beliau, Rizal Ghazali akan diberikan ruang besar.

Walaupun Khairul Helmi ketua pasukan, namun Baddrol adalah pemimpin di dalam padang.

Serangan

Tan Cheng Hoe dalam 2 musim terakhir sebelum ini sangat bergelut untuk mencari sistem serangan. Beliau seakan-akan sudah give up dengan sistem target man klasik yang tidak sesuai dengan pendekatan beliau.

Chidi Edeh, Kahe, Thiago Agusto, Smeltz antara nama-nama target man yang pernah berkhidmat sebagai no.9 namun semuanya tidak konsisten dalam sistem pasukan Kedah.

Musim ini, Tan Cheng Hoe seakan-akan sudah menemui formula beliau. Mereka tidak terlalu bergantung kepada penyerang utama.

Ken Ilso bukan target man. Beliau lebih kepada poacher. Pada awalnya, pasukan Kedah agak lemah memberikan bola kepada Ilso.

Kedah player (Ken Ilso Larsen) and Pahang pgoalkeeper (Wan Muhammad Azree) in action during Super League match between Kedah FA and Pahang at Darulaman Stadium on 11th February 2017. Photo by Norazmi Ibrahim / www.asiana.my

Mereka gemar menghantar hantaran tinggi seperti sedang bermain dengan target man.

Akhirnya pemain seperti Sandro mulai sedar akan cara bermain dengan penyerang seperti Ilso. Begitu juga dengan pemain-pemain lain.

Ilso memerlukan bola dihantar segera ke satu titik dan dia sangat tajam dari segi naluri. Itulah sebab kenapa mereka dipanggil a fox in a box.

Di bahagian sayap, mereka ada pemain sayap (bukan sisi) seperti Syazwan Zainon dan juga Farhan yang memiliki skil yang menarik untuk terlibat di dalam kotak penalti.

Squad depth

Squad depth ini dibina kerana kepercayaan mereka kepada pemain muda. Pemain-pemain muda mereka sentiasa bersedia untuk masuk ke dalam padang dan memberikan aksi kompetitif.

Kami pernah senaraikan prospek dalam pasukan Kedah di dalam artikel 10 Pemain Muda Kedah (Bawah-23) Berpotensi Besar Yang Perlu Anda Kenal.

Musim lalu mereka ada isu dengan zonal marking dan isu itu dapat diperbaiki musim ini walaupun masih ada sedikit kelemahan.

Mereka juga berjaya memperbaiki aspek pertahanan selepas merekodkan perbezaan jaringan 0 musim lalu.

Kreativiti mereka diperluaskan supaya tidak terlalu bergantung kepada Liridon. Sebab itulah, Tan Cheng Hoe sabar untuk membentuk (converting) Sandro ke peranan no.8 ataupun no.10 dalam 4-2-3-1.

Rumusan yang jelas, jika Tan Cheng Hoe sah meninggalkan Kedah, ia bukan tugas mudah untuk jurulatih meneruskan falsafah dan cara Kedah bermain.

Ramai jurulatih boleh membentuk pasukan untuk menang, namun tidak ramai yang boleh membentuk pasukan dengan DNA taktikal dan falsafah yang signifikan.

Memberitahu pemain, ‘ini cara kita bermain’.

Baca juga: Half Space, Satu Ruang Yang Semakin Diberikan Perhatian Di EPL!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN