Aidil Zafuan Tegaskan Beliau Bersedia Kembali Sarung Jersi Malaysia

Tunjang pertahanan JDT iaitu Aidil Zafuan menegaskan yang beliau bersama 3 rakan sepasukan beliau bersedia untuk kembali menyarung jersi kebangsaan – lapor Kosmo!

Beliau bersama-sama kapten JDT Safiq Rahim, S. Kunanlan dan juga Amirulhadi Zainal memberi bayangan bakal kembali menyarung jersi negara selepas TMJ dilantik menjadi presiden FAM baru-baru ini.

Sedia terima panggilan

Aidil menegaskan yang beliau sudah pun bersedia untuk kembali ke skuad kebangsaan jika beliau dipanggil.

Aidil, Safiq, Kunanlan dan juga Amirul melakukan keputusan mengejut apabila memilih untuk bersara daripada skuad kebangsaan.

Namun begitu, TMJ telah melakukan satu pertemuan dengan kuartek pemain JDT itu serta memberikan nasihat agar keempat-empat pemain tersebut untuk keluar dari persaraan masing-masing dan berkhidmat semula dengan skuad kebangsaan.

“Baru-baru ini TMJ telah mengadakan pertemuan dengan kami berempat dan berharap agar kami kembali kepangkuan skuad negara.”

Ikut keperluan

Walaupun sudah bersedia untuk keluar dari persaraan bola sepak antarabangsa, namun Aidil tetap menyerahkan keputusan kepada bakal jurulatih skuad kebangsaan yang baharu iaitu Mario Gomez untuk merencana pelan beliau.

“Selepas pertemuan dengan TMJ, kami berempat bersedia untuk kembali menyarung semula jersi skuad kebangsaan.”

“Walaupun begitu, kami menyerahkan kesemuanya kepada jurulatih. Jika beliau mahu kami berada dalam skuad negara, kami bersedia untuk berkhidmat.”

Jadi apa pendapat anda semula? Adakah keputusan yang wajar untuk mereka berempat kembali?

Baca juga: Alexis Sanchez Hadir Majlis Perasmian Monumen Beliau Di Chile

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN