TMJ: Langkah Pertama Ke Wisma FAM, Misi Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat!

Sebentar tadi pihak kami telah menyiarkan berita bahawa Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM.

Ini bermakna pemilihan jawatan presiden yang dijadualkan pada 25hb March 2017, dimenangi tanpa bertanding oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris.

Siapakah Baginda?

Kami di SemuanyaBOLA membawa pembaca untuk mengenali bakal Presiden FAM yang baru secara lebih dekat.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilahirkan pada 30hb Jun 1984 di Johor Bahru. Berumur 32 tahun, Baginda bakal diumumkan Presiden FAM termuda di dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail adalah anakanda pertama dan putera sulung kepada kepada Kerabat Diraja Johor.

Tunku Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru.

Baginda kemudian menerima pendidikan peringkat menengah di Australian International School di Singapura sebelum melanjutkan pelajaran ke Hale Scholl di Perth, Australia.

Diijabkabulkan dengan Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Khaleeda Binti Bustaman pada 25 Oktober 2014.

Baginda berdua dikaruniakan seorang Puteri, Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah (dilahirkan pada 25 Jun 2016).

Melalui muat naik status di laman sosial rasmi Johor Southern Tigers, nyata Tunku Ismail juga merupakan seorang suami dan ayah yang penyanyang dan terbuka berkongsi aksi-aksi comel puteri baginda.

Ketenteraan

Sepertimana tradisi Kerabat Diraja Johor, Tunku Ismail turut terlibat secara aktif di dalam bidang ketenteraan.

Pada Julai 2003, Baginda menyertai Indian Millitary Army sebagai pegawai kadet.

Pada 26 Januari 2007, sebagai Kapten, Baginda mengetuai Rejimen Jaipur 61 Calvari untuk perbarisan tabik hormat kepada Presiden India , Dr. A.P.J Abdul Kalam ketika sambutan Hari Republikan.

Sukan

Selain bola sepak, baginda juga adalah seorang pemain sukan Polo dan sukan berkuda yang berkebolehan. Baginda dikurniakan “Best in Riding award” di kalangan kadet IMA untuk tahun 2003–2004.

Sumbangan Baginda kepada bola sepak Johor dan Malaysia amnya sangat signifikan.

Sejak mengambil alih tampuk pengurusan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Baginda telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawasanya bola sepak Malaysia punyai harapan jika diurus dengan betul.

Kredit: Johor Southern Tigers

Ke Wisma FAM

Pada Julai 2015, TMJ telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Jawatan tersebut telah diambil alih sementara oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor.

Walaupun begitu, Sultan Johor,Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar telah berkenan untuk melantik anakanda Baginda, Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 21 Julai 2015. 

Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, adinda Tunku Ismail kemudiannya dilantik sebagai Presiden Johor Darul Takzim yang baru.

Baginda kemudian serius untuk bersaing dalam jawatan Presiden FAM setelah mendengar keluh kesah peminat bola sepak tempatan.

Pada awal Februari lalu, Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengesahkan baginda akan bertanding. Sekaligus buktik baginda kisah tentang bola sepak Malaysia.

Niat itu turut direstui dan diperkenan oleh ayahanda baginda yang dikasihi, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Daripada 4 nama yang dikatakan akan bertanding, akhirnya pertandingan 2 penjuru di antara TMJ dan seteru utama baginda, Tan Sri Annuar Musa.

Sah jadi Presiden!

Menghampiri hari pemilihan, pada 23 Mac 2017, Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri atas kerelaan bukannya tekanan dari mana-mana pihak.

Ini telah menjadikan TMJ adalah calon yang menang tanpa bertanding. Agak ironi kerana ia berlaku selepas baginda membentangkan manifesto yang mengandungi 11 intipati utama.

Asas kepada manifesto baginda adalah, bola sepak adalah milik rakyat!

Tahniah daripada kami di SemuanyaBOLA kepada TMJ atas jawatan Presiden FAM yang baru!

Baca juga: Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN