Pique Kecam Penyokong Barcelona Yang Kutuk Andre Gomes, Suruh Mereka Duduk Rumah

Gerard Pique kini tampil mengeluarkan kenyataan pedas yang ditujukan khas buat penyokong Barcelona sendiri.

Ia ditujukan selepas beliau merasakan layanan penyokong Barcelona terhadap Andre Gomes disifatkan sebagai melampau.

Pergi duduk rumah

Gomes sejak menyertai Barcelona, beliau menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di sana.

Beliau menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan serta gagal mengawal bahagian tengah dengan baik.

Oleh kerana itu, penyokong Barcelona yang kecewa dengan prestasi Gomes mengambil keputusan untuk mengejek dan bersorak ‘boo’ terhadap beliau.

Ia berlaku apabila setiap kali Gomes memegang bola, beliau akan di’boo’ oleh penyokong beliau sendiri.

Berang dengan situasi itu, Pique hadir mempertahankan rakan sepasukannya itu.

Beliau mengecam tindakan para penyokong Barcelona yang melakukan perkara itu dengan berkata penyokong sebegitu tidak layak datang ke stadium.

“Siapa-siapa yang kutuk Gomes, mereka tidak layak untuk ke stadium.”

“Mereka ini tak patut datang stadium dan tengok bola di rumah sahaja!”

Bagi Pique tindakan penyokong Barcelona mengeji prestasi Gomes adalah satu perkara yang tidak patut dilakukan.

Ia tidak lebih dari menjatuhkan moral dan semangat pemain itu sendiri.

“Bila pemain main tak bagus, semua orang nak bising.”

“Bila penyokong kutuk prestasi pemain itu walaupun beliau sedang menendang bola, ia akan jatuhkan moral pemain tersebut.”

Namun begitu, prestasi kurang memberangsangkan Gomes berjaya ditebus apabila beliau berjaya menjaringkan gol ke-4 Barcelona ketika menewaskan kelab lamanya iaitu Valencia tempoh hari.

Baca juga: Ini Yang Anda Dapat Apabila Menonton Perlawanan Ligue 1 Dari VIP Box Stadium Bordeaux

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN