Ini Yang Anda Dapat Apabila Menonton Perlawanan Ligue 1 Dari VIP Box Stadium Bordeaux

Bola sepak kini sudah berevolusi tidak kira dari segi permainan, sains sukan malah ia turut melibatkan stadium juga.

Di stadium selain daripada tempat duduk biasa yang kita beli dari kaunter tiket dan duduk di mana-mana sahaja sudut stadium, kini turut disediakan tempat yang diberikan nama sebagai VIP Box (Bilik VIP).

Bilik VIP merupakan sebahagian daripada hospitaliti pihak kelab menerusi stadium mereka.

Di stadium, pihak kelab akan menyediakan satu sudut di stadium yang diberi nama sebagai VIP Box sebagai ruang terbaik untuk menonton bola sepak.

Ia boleh dikatakan sebagai pengalaman terbaik lagi untuk untuk menonton bola sepak kerana layanan yang diberikan adalah kelas pertama dan anda akan diberikan sudut untuk menonton bola sepak dari sudut yang terbaik di stadium.

Di laman perkongsian Reddit, seorang pemuda telah pergi ke stadium Matmut Atlantique di Perancis yang merupakan gelanggang rasmi untuk pasukan Ligue 1 – Bordeaux.

Beliau telah menerima peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di VIP Box di stadium tersebut untuk perlawanan menentang Montpellier dan ini adalah pengalamannya.

Layanan kelas pertama

Lazimnya di stadium-stadium Eropah yang mempunyai khidmat VIP Box, pembeli VIP Box ini akan diberikan sebuah bilik untuk beliau menikmati perlawanan dari sudut itu.

Di dalam bilik itu, mereka akan diberikan layanan kelas pertama. Hal ini kerana mereka makanan akan disediakan sepanjang perlawanan berlangsung.

Di dalam VIP Box itu, mereka diberikan jamuan ringan oleh pihak kelab dengan makanan-makanan ringan yang disediakan oleh chef di stadium.

Antara makanan yang disediakan dalam VIP Box.

Selain itu juga, mereka diberikan pelbagai jenis minuman yang terdiri dari wain, koktail dan juga jus buah-buahan.

Lebih menarik, terdapat sebuah bar kecil di dalam VIP Box yang disediakan untuk mereka menikmati pelbagai minuman yang disediakan.

Bar kecil yang disediakan dalam VIP Box.

Ketika perlawanan sedang berlangsung, mereka juga diberikan makanan atau snek.

Dalam bahasa mudahnya, VIP Box ini memberikan anda pengalaman yang berbeza ketika menonton bola.

Suasana di dalam VIP Box yang seperti di dalam majlis keramaian.

Hal ini kerana, ia memberikan gabungan suasana seperti sedang menghadiri majlis keramaian dan menonton perlawanan bola sepak dalam masa yang sama.

Di dalam VIP Box, anda akan merasai suasana seperti ketika di dalam majlis keramaian di mana anda bersama-sama teman-teman menikmati makanan yang disediakan.

Ketika perlawanan pula, anda akan menikmati perlawanan bola sepak dari tempat duduk yang cukup cantik kedudukannya.

Pandangan dari tempat duduk di VIP Box stadium.

Kesimpulan

VIP Box ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang berbeza kepada penonton di stadium. Bahkan ia sebenarnya merupakan sumber pendapatan kelab.

Dari VIP Box juga, kelab dapat menjana pendapatan lebih dari hari perlawanan selain daripada jualan tiket biasa dan juga pas bermusim.

VIP Box ini adalah salah satu perkara yang boleh diikuti oleh pasukan-pasukan di Malaysia untuk menjana pendapatan untuk pasukan mereka.

Baca juga: Gary Neville Sokong Cadangan Untuk Melarang Pemecatan Pengurus Sebelum Musim Berakhir

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN