Raut wajah Dybala jelas sedikit resah untuk menewaskan Donnarruma di gawang gol menerusi sepakan penalti.
Namun beliau berjaya melakukannya dan pemain-pemain Juventus meraikan gol kemenangan dramatik itu dengan girang sekali.
Kemenangan ini turut meletakkan Juventus 11 mata di atas Roma yang kini berada di tangga ke-2.
Mattia de Sciglio memberikan Juventus sepakan penalti selepas bola terkena tangan beliau pada minit ke-95. Ianya hanya seminit selepas Jose Sosa dibuang padang.
Dalam perlawanan ini, Benatia meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke-30. Namun jaringan itu disamakan oleh Carlos Bacca 2 minit lagi menuju rehat.
Juventus sangat dominan di dalam perlawanan ini. Donnarumma adalah pemain yang paling sibuk di dalam padang untuk menghalang cubaan pemain-pemain Juventus.
Rossoneri berjaya memperbaiki rentak mereka pada separuh masa kedua. Namun di barisan pertahanan, Milan agak bocor.
Juventus memperoleh banyak peluang gol. Tetapi mereka agak buntu untuk menembusi Donnarumma.
Sehinggalah minit ke-93, Milan dikurangkan kepada 10 pemain. Ianya selepas Jose Sosa dilayangkan kad kuning kedua. Higuain mengancam Donnarumma dengan sepakan gunting yang dinafikan oleh Donnarumma.
Minit ke-95, Milan memberikan Juventus penalti. Ia disempurnakan oleh Dybala untuk menghampakan AC Milan daripada membawa sebarang mata dari Turin.
Ditanya tentang insiden penalti tersebut, Montella menyatakan beliau tidak ada bantahan dan tidak ada gunanya bising untuk keputusan pengadil yang sudah dibuat.
AC Milan harus bangkit segera untuk mendapatkan slot ke UCL pada musim hadapan. Mereka kini berada di tangga ke-7 dengan beza 3 mata dari Lazio yang di tangga ke-4.
Persaingan untuk ke UCL adalah lebih menarik musim ini di Serie A. Ini kerana persaingan liga adalah di antara Juventus dan Roma.
Juventus pula seakan-akan sukar untuk dihalang buat masa ini.
Baca juga:Raiola: Donnarumma Berhak Bermain Di Kelab Lebih Besar Bukannya Milan