Bengang Dibahan Kerana Kalah 6-1, Penyokong PSG Tikam Rakan Sehingga Mati

Bahan-membahan di antara ‘member’ itu sangat biasa di dalam bola sepak. Namun kadangkala memang ada yang akan emosi jika ada hari tak baik.

Ada juga yang berperang mulut dan ada yang tarik muka ketika angin tak betul. Namun di negara kita buat masa ini belum ada pula kes membunuh rakan sebab bahan-membahan kerana bola sepak.

Di sebuah wilayah bernama Libreville, Gabon, seorang lelaki telah menikam rakannya sehingga mati kerana bengang dibahan oleh mangsa.

Lelaki yang berusia 18 tahun itu tidak mampu menahan perasaan marah selepas berkali-kali dibahan oleh rakannya ketika kedua-dua mereka minum-minum selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan UCL di antara Barcelona dan PSG, Barca telah menang 6-1 dalam perlawanan tersebut.

Ia dianggap kebangkitan luar biasa untuk mengatasi defisit 4 gol dari perlawanan pertama dan 1 gol tempat lawan dalam perlawanan tersebut.

Ini yang menjadi bahan jenaka oleh rakannya yang tidak henti-henti gelakkan kekalahan paling malang dalam sejarah UCL itu.

Mangsa telah ditikam, di leher. Selepas mendengar hujah daripada pihak polis dan forensik, hakim mengesahkan rasa marah dibahan kerana PSG kalah adalah punca kepada tindakan tersebut.

Mangsa telah maut di tempat kejadian. Namun pembunuh memberitahu dia tidak ada niat untuk membunuh rakannya.

Berita ini telah menghiasi muka depan akhbar L’Union dan beberapa akhbar di Perancis.

Diharap di Malaysia tidak adalah kes macam ini. Selepas ini, berhati-hatilah ketika membahan rakan anda.Takut angin tak baik, tak pasal-pasl jadi macam ni pula.

Baca juga: Kebangkitan Terulung Dalam Sejarah UCL! Barcelona Belasah PSG 6-1 Di Camp Nou

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN