Jersi Selangor 2017 Tampil Dengan Corak Yang Ringkas Lagi Elegan

Jersi Selangor 2017 menyaksikan jenama Lotto sekali lagi tampil sebagai pengeluar jersi bagi pasukan Lembah Klang itu untuk tahun kedua berturut-turut.

Untuk jersi tahun ini, pihak Lotto telah menampilkan corak yang lebih ringkas namun kemas.

Corak ala berlian

Sekali pandang, bahagian depan jersi utama Selangor tidak mempunyai sebarang corak.

Namun begitu, jersi utama Selangor 2017 berbeza dengan corak musim lalu yang menyaksikan satu garisan kuning besar di yang menyilangi jersi.

Kali ini jersi Selangor mengenakan corak berlian pada jersi mereka yang boleh dikatakan hampir sama dengan corak jersi pasukan Chelsea satu ketika dahulu.

Selain itu juga, jersi Selangor 2017 meletakkan corak garis-garis berwarna kuning di sebelah kiri jersi.

Corak tersebut merupakan antara daya tarik utama jersi utama Selangor pada musim ini dan ia boleh dilihat sebaris dengan bahagian terletaknya logo Lotto dan juga Al-Ikhsan.

Di bahagian tepi jersi pula, terdapat satu jalur berwarna kuning di dua-dua belah jersi tersebut.

Bagi jersi Selangor 2017 yang kedua pula, mereka masih mengekalkan warna kuning sebagai warna utama.

Berbeza dengan corak berlian pada jersi utama. Dalam jersi ini, mereka menerapkan corak tulisan Selangor pada rekaan mereka.

Tulisan ‘Selangor’ yang diselangi dengan logo jenama Lotto telah menjadi corak utama kepada jersi ini bagi menggantikan corak camouflage pada musim lalu.

Seperti jersi utama, jersi kedua terdapat satu jalur berwarna merah di kedua-dua belah tepi jersi.

Untuk jersi ketiga Selangor pula, Lotto masih lagi mengekalkan corak camouflage pada jersi tersebut.

Tetapi untuk menampakkan rekaannya sedikit berbeza berbanding musim lepas, warna hitam telah dijadikan warna utama berbanding warna hijau untuk jersi ketiga Selangor ini.

Terakhir, jersi ketiga Selangor juga terdapat satu jalur warna berwarna merah di kedua-dua belah tepi jersi.

Heat press dan dry-fit

Untuk jersi Selangor 2017, Lotto telah menggunakan teknik cetakan heat press pada logo yang ada pada jersi Selangor.

Anda boleh lihat kualiti pada cetakan heat press logo FAS ini, ia cukup kemas dan rapi apabila anda memegangnya.

Kualiti cetakan heat press ini mewujudkan rasa premium kepada si pemakai apabila menyarung jersi Selangor ini.

Kecemerlangan kualiti jersi Selangor 2017 ini ditambah pula dengan cetakan logo “Official Product: Red Giants” yang menandakan jersi ini merupakan jersi rasmi Selangor keluaran Lotto.

Selain itu, Lotto menggunakan teknologi dry-fit kepada setiap jersi Selangor 2017 kali ini.

Teknologi yang digunakan ini dapat membolehkan si pemakai akan sentiasa selesa ketika berpeluh.

Hal ini terbukti apabila sewaktu penulis menggunakan jersi ini untuk bermain futsal, penulis tidak terasa tak selesa ketika memakai jersi Selangor itu walaupun ketika sedang bermandi peluh.

Rumusan

Secara kesimpulannya, jersi pasukan Selangor ini mengenakan corak yang ringkas namun ia tetap memberikan elegannya yang tersendiri.

Kualiti kain yang bermutu tinggi serta cetakan heat press yang cemerlang memberikan sebab kenapa jersi Selangor tahun ini merupakan antara jersi terbaik Selangor dalam masa beberapa tahun ini.

Tahniah kepada Lotto kerana berjaya menghasilkan sebuah jersi yang cukup mantap buat pasukan Selangor!

Kepada penyokong-penyokong Selangor Darul Ehsan!

Anda boleh mendapatkan jersi Selangor 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Malah kami juga ada jersi penjaga gol Selangor musim 2017! Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Selangor 2017
SBX – Selangor 2017
SBX – Selangor 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Baca juga: Jersi Perak 2017 Kekalkan Kecantikan Visual Jersi Musim 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN