Hooligan Rusia Bergaduh Sesama Sendiri, Kerisauan Menjelang Piala Dunia 2018 Semakin Kuat

Semua orang sudah lama risau akan tahap keselamatan di Rusia menjelang Piala Dunia 2018.

Hal ini kerana kebarangkalian untuk penyokong Rusia menerusi hooligan mereka untuk melakukan kekecohan adalah tinggi.

Mereka dikatakan berjanji akan mengadakan ‘festival keganasan’ dan mereka kini sudah berlatih untuk melakukan kekacauan kepada setiap penyokong yang hadir.

Mereka juga dengan jelas memberikan amaran dengan menjadikan penyokong England sebagai sasaran utama.

Bergaduh sesama sendiri

Ketika amaran itu sedikit demi sedikit diredakan, timbul pula kerisauan baharu mengenai keganasan bola sepak di Rusia.

Baru-baru ini, dua hooligan kelab Rusia telah bertembung sesama sendiri ketika perlawanan Liga Rusia.

Hooligan CSKA Moscow dan juga hooligan Zenit St. Petersburg bertembung di dalam stadium selepas hooligan Zenit berjaya memecah masuk ke kawasan penyokong CSKA Moscow.

Hooligan Zenit yang merupakan penyokong pelawat berjaya memecah tembok pemisah antara penyokong dan kemudiannya menyerang hooligan CSKA Moscow.

Selepas itu balingan bom asap pula menambah rencah kepada pergaduhan yang tak mampu dihalang oleh para pegawai stadium itu.

Isu keganasan bola sepak ini merupakan kerisauan utama menjelang Piala Dunia Rusia, namun presiden FIFA Gianni Infantino berkata beliau tak risau akan hal itu.

Hooligan sebagai sukan

Satu cadangan pelik telah dicadangkan oleh seorang ahli parlimen Rusia iaitu Igor Lebedev.

Beliau berkata mahu jadikan budaya hooligan sebagai sukan rasmi di Rusia. Format permainannya adalah 20 orang individu akan menentang 20 individu lain dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri.

“Memandangkan mereka suka bergaduh. Apa kata kita buat hooligan ni sebagai sukan.”

“Caranya mudah, tetapkan masa dan tempat di stadium. Jumpa dan kemudiannya gaduh.”

Baca juga: Inilah Papan Taktikal Terakhir Weigang Dalam Perlawanan Terakhir Beliau Di Bumi Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN