Safee Sali yang merupakan penyerang PKNS FC semalam nyata kecewa dengan insiden yang berlaku di Stadium Darul Makmur.
Dalam perlawanan yang melibatkan Pahang dan PKNS FC, Safee terlibat dengan satu insiden panas ketika perlawanan sedang berlangsung.
Beliau terlibat dengan pergaduhan dengan pemain Pahang iaitu Kiko Insa selepas pemain import tersebut melakukan terjahan berbahaya terhadap penyerang kebangsaan itu.
https://www.youtube.com/watch?v=FFXKcu3E9CU
Insiden panas itu nyata buatkan Safee naik angin, dan anginnya tidak habis di padang.
Beliau kemudiannya meluahkan perasaannya di laman Instagram miliknya untuk memberitahu perasaan kecewanya.
“Kalah menang memang adat permainan. Tapi kalaulah pengadil terus kejam macam ini memang tak ke manalah – hanya berpihak pada satu pasukan.”
“Insiden macam ini sepatutnya kad merah tapi itulah pengadil di Malaysia. Pemain itu (Kiko Insa) tidak punya hormat langsung. Ini ke kualiti pemain bola sepak?”
“Takkan nak penalti?”
Namun begitu apa yang mencuri tumpuan adalah komen daripada pemain Pahang yang memberikan komennya di Instagram Safee iaitu Syamim Yahya.
Syamim memberikan komen yang nyata mencuri tumpuan para pengikut Safee di Instagram.
“Takkan nak penalti bos? Jauh dari kotak penalti tu.”
Pahang semalam menewaskan PKNS FC 3-0 hasil jaringan Matheus Alves, Afif Amirudin dan Ashari Shamsuddin.
Baca juga: 7 Jenis Penanduk Dalam Bola Sepak Dan Contohnya