Luis Enrique: “Tak Salah Untuk Barcelona Terus Berharap Kepada Lionel Messi”

Luis Enrique nyata cukup gembira dengan prestasi pasukan beliau ketika menewaskan Atletico Madrid pada aksi La Liga tempoh hari.

Beliau bukan sahaja gembira dengan 3 mata dipungut Barcelona, namun memuji prestasi pasukannya ketika aksi menarik di Vicente Calderon itu.

Terlalu berharap kepada Messi

Namun begitu, terdapat satu isu yang menarik perhatian media ketika aksi penting antara Barcelona dan Atletico Madrid tempoh hari.

Hal ini kerana media merasakan Barcelona terlalu bergantung kepada pemain bintang mereka Lionel Messi untuk memberikan kemenangan kepada pasukan.

Akan tetapi, Enrique merasakan beliau tidak punya masalah untuk melihat pasukannya bergantung harap kepada magis Messi saban minggu.

“Kami berharap beliau akan dapat bantu kami untuk beberapa tahun lagi.”

Perlawanan seterusnya untuk Barcelona adalah perlawanan menentang Sporting Gijon yang merupakan kelab yang beliau sokong sejak kecil.

“Kami perlu berhati-hati dengan mereka. Hal ini kerana mereka sedang mencari mata dan amat terdesak mencari mata dalam liga.”

“Jadi kami tak boleh pandang rendah kebolehan mereka, mereka pasti mahu mencipta kejutan menentang kami.”

Baca juga: Safee Sali Luah Perasaan Kecewa Di Instagram Berkenaan Insiden Panas Di Kuantan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN