Paul Dybala menyatakan beliau tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berhijrah ke kelab lain.
Namun dalam masa yang sama, beliau menegaskan beliau tidak akan ke Barcelona kerana adanya Lionel Messi.
Dybala bukanlah satu-satunya pemain yang menolak tawaran untuk ke Barcelona kerana Lionel Messi.
Ini kerana bagi mereka amat sukar untuk menandingi kehebatan Messi. Peluang untuk merampas slot pasukan utama adalah sukar.
Messi masih berada dalam peak terbaik di dalam karier beliau pada ketika ini.
Sebelum ini Dybala telah menandatangani kontrak baru yang membolehkan beliau menerima gaji termahal dalam sejarah kelab iaitu €7 semusim.
Kontrak tersebut membolehkan Dybala berada di Turin sehingga 2021. Jadi, untuk mendapatkan Dybala, ia bukannya murah.
Salah satu sebab Juventus memberikan kontrak besar itu adalah kerana melihat potensi pasukan seperti Real Madrid yang bakal mencari pengganti Cristiano Ronaldo dalam beberapa musim lagi.
Barcelona mulai dikaitkan dengan Paul Dybala pada musim lalu. Ini selepas pemain ini membangun sebagai bakat yang sangat prolifik di Eropah.
Dybala sebelum ini beraksi bersama Palermo. Selepas menyertai Juventus, Dybala menjadi pemain utama di sana.
Musim lalu, pemain lincah ini telah menjaringkan 23 gol untuk Juventus.
Selain Barcelona, beberapa kelab lain turut berminat dengan pemain ini. Antaranya, Real Madrid, Manchester United dan Chelsea.
Barcelona meneruskan pemburuan penyerang selepas beberapa pemain yang mereka tandatangani gagal menyerlah.
Musim ini mereka agak bergelut dengan prestasi. Mujurlah mereka masih mampu mengejar Real Madrid di dalam saingan liga.
Baca juga: Isu Cukai; Jika Barcelona Ke Final UCL, Messi Dan Neymar Tidak Boleh Bermain