Long An Dihukum Berat Kerana Aksi Mannequin, Ada Digantung Sehingga 3 Tahun

Penjaga gol Long An, Nguyen Minh Nhut dan juga seorang lagi rakan beliau, Huyng Quang dikenakan penggantungan 2 tahun oleh bada bola sepak Vietnam selepas protes mannequin.

Penjaga gol Long An dan rakan-rakannya membiarkan sahaja 3 gol daripada Ho Chi Minh termasuk 1 jaringan penalti.

Mereka berbuat demikian kerana membantah keputusan pengadil yang memberikan penalti kepada Ho Chi Minh.

Ketua jurulatih dan juga pengerusi Long An pula dikenakan penggantungan 3 tahun kerana seolah-olah merestui tindakan pemain-pemain mereka.

Sebelum ini telah tular di internet tentang aksi-aksi pemain Long An yang membiarkan sahaja gawang mereka dibolosi.

Kami juga ada berkogsi video tersebut di Bola TV.

Akibat “Mannequin Challenge” tersebut, pasukan Ho Chi Minh menang perlawanan ini dengan kedudukan 5-2 daripada kedudukan 2-2.

Long An didenda sekitar 160 juta dong ataupun $7,000 kerana telah berkelakuan tidak menghormati keputusan pengadil.

Kelakuan mereka dianggap memalukan, merosakkan imej bola sepak Vietnam dan juga mencemarkan prestij pertandingan anjuran Konfederasi Bola Sepak Vietnam.

Menteri Sukan Vietnam turut mengutuk tindakan tidak matang itu di televisyen dan juga di dalam kenyataan rasmi kementerian beliau. Beliau berkata:

“Salah laku ini telah mencemar peraturan pertandingan dan dikira satu tindakan tidak ada semangat kesukanan dan tidak bertamadun.”

Liga Vietnam sejak akhir-akhir ini berhadapan dengan reputasi yang buruk kerana beberapa isu korupsi. Mereka juga kerap menjadi bahan sindiran peminat bola sepak dengan menuduh liga Vietnam adalah pusat rasuah.

Oleh sebab inilah, Kementerian Sukan Vietnam sangat memandang serius isu ini kerana ia boleh memberikan imej yang lebih negatif kepada liga Vietnam.

Baca juga: Mourinho Tuju Ucapan Khas Buat Ranieri Yang Dipecat Leicester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN