Mourinho Tuju Ucapan Khas Buat Ranieri Yang Dipecat Leicester City

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menzahirkan simpati beliau atas nasib yang menimpa Claudio Ranieri selepas dipecat dari jawatan sebagai pengurus Leicester City.

Ranieri dipecat tidak sampai setahun daripada memenangi gelaran Premier League untuk pasukan dari Lancashire itu.

Mourinho dan Ranieri kedua-duanya merupakan pengurus yang pernah berkhidmat di Chelsea satu masa dahulu.

Sejarah

Di laman Instagram rasmi beliau, Mourinho telah memberikan satu penghargaan yang cukup tinggi kepada Ranieri.

Ranieri yang merupakan Jurulatih Terbaik FIFA 2016 dipecat selepas pasukannya beraksi teruk dalam aksi Premier League musim ini.

Mereka tewas di tangan Millwall di FA Cup, tersingkir di EFL Cup, tewas di perlawanan FA Community Shield serta tewas perlawanan pertama peringkat 16 pasukan terakhir UEFA Champions League di tangan Sevilla.

Pasukan Ranieri kini di tangga ke-17 Premier League dengan 1 mata sahaja di atas zon penyingkiran.

Mourinho di Instagramnya memberikan ucapan dengan berkata “inilah bola sepak moden.”

“JUARA ENGLAND dan juga JURULATIH TERBAIK FIFA 2016. Dipecat.”

“Itulah bola sepak baharu Claudio, teruskan senyum kawan. Tiada siapa yang boleh padam sejarah yang kamu cipta.”

https://www.instagram.com/p/BQ302Ucgpc_/

Selain Mourinho, pengurus AS Roma Luciano Spalletti juga meluahkan rasa simpati terhadap Ranieri.

“Saya simpati dengan beliau. Memandangkan beliau adalah orang tempatan Rom jadi pastinya beliau akan datang melawat kami.”

“Saya gembira jika dia datang dan memberikan sedikit buah pandangan beliau mengenai pengurusan bola sepak.”

Baca juga: Pemecatan Ranieri, Perginya Pengurus Terbaik Sepanjang Zaman Leicester

Leave a Reply