Manchester City Mahukan Messi Dengan Harga £100 juta, Tawar Gaji Lumayan

Manchester City mahukan khidmat penggempur Barcelona dengan nilai £100 juta. Sebelum ini mereka mensasarkan Dele Alli dengan nilai yang tinggi.

Jikalah 2 transaksi ini berlaku, Manchester City akan menjadi pasukan yang berbelanja paling besar dalam 1 jendela perpindahan.

Pembaharuan kontrak Messi di Barca masih ditangguhkan

Lionel Messi setakat ini masih belum memberikan komitmen kepada kontrak baru di Barcelona.

Ayah Lionel Messi, Jorge yang juga merupakan pengurus peribadi Messi mungkin akan menjadi faktor terbesar untuk membawa Messi keluar dari Camp Nou.

Ini kerana sebelum ini Jorge berhadapan dengan terlalu banyak kesukaran isu cukai di Sepanyol.

Jorge buat masa ini masih belum berminat untuk berbincang dengan Barcelona tentang kontrak baru Lionel Messi. Kontrak semasa Messi di Barcelona hanya berbaki 16 bulan.

Sebelum ini, Barcelona baru sahaja memberikan kontrak lumayan kepada Neymar dan Luis Suarez. Barcelona juga pernah menyatakan mereka sedia menawarkan Messi kontrak lebih baik.

Namun mereka berharap agar Messi tidak meminta nilai gaji terlalu tinggi daripada jangkaan (estimate) mereka.

Ini kerana kelab tidak boleh membelanjakan jumlah keseluruhan gaji pemain lebih daripada 70% nilai pendapatan kelab mereka.

Messi buat masa ini menikmati pendapatan £20 juta selepas cukai. Messi akan mencecah usia 30 tahun pada Jun ini. Beliau dikatakan mahu mencari cabaran baru di dalam karier beliau.

Hubungan Messi dan Pep Guardiola memang rapat. Guardiola adalah pengurus yang membentuk Messi menjadi pemain terbaik dunia.

Manchester City sedia memberikan Messi f £500,000 seminggu sekiranya Messi mahu menyertai skuad Manchester City.

Ia seperti jumlah yang ditawarkan oleh kelab megarich di Chinese Super League.

Sebelum ini, Guardiola mengesahkan beliau mungkin akan kehilangan Aguero sekiranya pemain itu mahu berhijrah ke kelab lain.

Dalam perkembangan lain, Manchester City diikat oleh  Huddersfield Town dalam pusingan ke-5 Piala FA semalam.

Ini bermakna mereka akan bermain dalam perlawanan ulangan yang tariknya akan diumumkan kelak.

Baca juga: Iker Casillas: “Tak Akan Ada Lagi Penjaga Gol Seperti Buffon”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN