Mark Clattenburg Mungkin Akan Letak Jawatan Sebelum Kontrak Tamat

Mark Clattenburg menyatakan beliau mungkin akan mempertimbangkan untuk letak jawatan sebagai pengadil EPL.

Clattenburg adalah pengadil terbaik dari England berdasarkan status beliau yang seringkali menjadi pengadil utama dalam kejohanan besar Eropah termasuk final UCL dan Piala Eropah musim lalu.

Beliau juga sudah berada dalam senarai pendek untuk Piala Dunia Russia 2018.

Namun, di sebalik pengiktirafan di Eropah, Clattenburg meluahkan yang beliau kurang dihargai di England.

Pada kejohanan Eropah yang lalu, PGMOL dikatakan tidak menghantar nama beliau untuk menjadi pengadil utama.

Mujurlah Pierluigi Collina campur tangan dan mahukan Mark Clattenburg sebagai pengadil utama dari England.

FA England dikatakan telah mencalonkan Martin Atkinson sebagai calon utama. Ia agak mengejutkan Clattenburg yang sebelum itu dilihat sebagai calon utama.

Menjelang Krismas lalu, Clattenburg dikatakan telah menghantar notis letak jawatan namun ia ditolak oleh Professional Game Match Officials Limited (PGMOL).

PGMOL menyatakan, notis perletakan jawatan hendaklah sekitar 12 bulan sebelum kontrak tamat.

Clattenburg dikatakan tidak gembira setelah disisihkan tanpa sebab daripada pengadilan Piala FA pusingan ke-5.

Ada juga yang mengaitkan perletakan jawatan ini turut disokong oleh faktor tawaran dari China, Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

3 negara tersebut dikatakan memerlukan khidmat Clattenburg untuk menjadi ketua mahupun penyelaras badan pengadilan dalam liga utama bola sepak mereka.

Clattenburg sebelum ini menyatakan dia tidak tahu ada tawaran mewah dari China. Jika benar, sila letakkan ia di atas meja.

Beliau berkata, beliau perlu merancang masa depan beliau, tak akanlah beliau mahu menjadi pengadil sepanjang hayat.

Ia seakan-akan kenyataan beliau sudah sedia angkat kaki daripada England kerana kecewa dengan PGMOL.

BT Sports turut berminat melantik beliau menjadi pengulas di siaran tv mereka menggantikan Howard Webb yang sudah ke MLS.

Sebelum ini, pada 2012, Clattenburg pernah dituduh rasis ke atas John Obi Mikel. Namun Clattenburg didapati tidak bersalah.

Sepanjang proses pengadilan, PGMOL tidak memberikan sokongan langsung kepada beliau.

Baca juga: Analisis Taktikal: Cairnya Taktikal Gamba Osaka Menewaskan JDT!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN