Bekas Pemain Perak Kyaw Zayar Win Sertai Kelab Di Liga Singapura

Kyaw Zayar Win, yang merupakan bekas pemain Perak kini menjadi pemain di sebuah kelab di Liga Singapura atau S-League.

Beliau menyertai pasukan Balestier Khalsa di saingan S-League bagi membantu pasukan tersebut memperoleh keputusan terbaik di liga tersebut.

Kelab ke-4

Menurut Arena Harimau Malaysia, Zayar Win menyertai kelab Singapura tersebut sebagai kelab ke-4 beliau sepanjang karier profesional beliau.

Beliau memulakan karier profesional di kelab tempatan Myanmar iaitu Kanbawza pada tahun 2010 sebelum berpindah ke Liga Malaysia bersama-sama dengan Perak untuk semusim pada tahun 2014.

Namun jodohnya dengan Perak tidak lama apabila kontrak beliau ditamatkan lebih awal pada bulan April apabila beliau mengalami kecederaan serius.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Ayeyawady United pada tahun 2015 sebelum berhijrah ke Singapura pada tahun ini.

Zayar Win merupakan pemain tengah yang terkenal dengan kelajuannya serta merupakan seorang pemain tengah yang kerap menjaringkan gol.

Beliau merupakan pemenang pingat gangsa di Sukan SEA 2011 di Myanmar.

Semoga berjaya buat Kyaw Zayar Win!

Baca juga: Mark Clattenburg Mungkin Akan Letak Jawatan Sebelum Kontrak Tamat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN