Bola Sepak Komuniti: Cara Bola Sepak Zaman Dulu Hasilkan Pemain Bagus

Bola sepak komuniti adalah satu buzzword yang sering mendapat pengertian yang salah di Malaysia.

Perkataan ini sering digunakan oleh penganjur pertandingan bola sepak yang melibatkan pemain amatur atau pemain akar umbi. Tetapi tiada satu pun aspek penganjurannya yang melibatkan komuniti.

Apabila saya menyelusuri sejarah bola sepak Malaysia melalui keratan akhbar dan majalah lama di Arkib Negara, saya sering tertanya-tanya:

Pada zaman dahulu kemudahan bola sepak negara kita serba mundur. Tetapi bagaimana kita menghasilkan generasi demi generasi pemain yang mampu mengharumkan nama negara?

Tetapi pada zaman sekarang, kita bergelut untuk menamakan penyerang muda tempatan yang sebagus pemain import. Lupakan yang sebagus pemain import. Kita turut bergelut untuk menamakan penyerang muda tempatan yang bermain 90 minit setiap minggu!

Sedangkan pada zaman sekarang, kemudahan bola sepak negara kita serba maju. Liga bola sepak kita juga sudah bertaraf profesional. Bukankah sepatutnya jumlah kelompok pemain tempatan (national pool of players) kita semakin membesar?

Bagaimana pemain zaman dahulu dilahirkan?

Saya mendapat jawapan soalan saya di atas ketika membaca keratan akhbar The Straits Times mengenai Hotspurs; sebuah pasukan kampung di Kampung Air Panas, Setapak era 1960-an.

Apa yang menariknya tentang pasukan ini adalah, ia bertanggungjawab melahirkan pemain-pemain hebat seperti Santokh Singh, R. Subramaniam, R. Nallathamby dan K. Rajagobal.

Hotspurs ditubuhkan atas inisiatif seorang pemuda dari kampung tersebut; Thomas Arokiom. Segala duit kelengkapan untuk membeli bola dan menganjur pertandingan dikutip dari duit poket dirinya dan pemain-pemain sendiri.

Di Perak, pemain-pemain bola sepak berbangsa Cina kebanyakannya lahir melalui penglibatan Perak Chinese Recreation Club (PCRC) (gambar bawah) di Liga Ipoh.

Sumber: ipohworld.org

Sementara itu Jalil Che Din, Salleh Ibrahim, Wan Zawawi Wan Yusoff, Datuk Namat Abdullah, Allahyarham Ali Bakar, Shaharudin Dollah, Syed Ahmad Abu Bakar dan Hamzah Hussein pula dilahirkan melalui penglibatan pasukan Penjara Taiping dalam Liga Divisyen 1 Perak dan Piala Bayley.

Pada zaman dahulu, inilah caranya pemain bola sepak dilahirkan – melalui liga-liga dan pertandingan bola sepak komuniti.

Liga-liga dan pertandingan ini tidak dianjurkan oleh FAM. Ia juga tidak diilhamkan oleh persatuan bola sepak negeri. Sebaliknya ia dianjurkan melalui ilham komuniti sendiri.

Dalam erti kata lain; pemain-pemain ini lahir dari struktur bola sepak amatur. Atau struktur bola sepak komuniti.

Bagaimana pemain zaman sekarang dilahirkan?

Sejak liga kita memasuki zaman profesional, entah mengapa kita semakin melupakan struktur bola sepak amatur.

Kita menjadi terlalu bergantung kepada Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) untuk mencari pemain bola sepak bawah 17 tahun.

Memandangkan majoriti pasukan Liga Super dan Perdana tiada akademi, bagaimana dengan nasib pemain bawah 17 tahun yang terlepas dari pandangan SSM dan SSN? Mujurlah kewujudan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sedikit sebanyak menyelesaikan masalah ini.

Sumber: JBSN Pahang

Tetapi ia tak menyelesaikan masalah pemain atas umur 17 tahun yang terlepas dari pandangan pasukan Piala Belia dan Piala Presiden. Ini kerana NFDP hanya kilang penghasilan pemain muda bawah 17 tahun.

Kepentingan bola sepak komuniti

Kita sendiri maklum dalam bola sepak terdapat pemain-pemain yang tergolong dalam kumpulan late developer atau late bloomer. Pemain-pemain ini memerlukan struktur bola sepak amatur untuk terus mengasah bakat mereka sehingga menjadi pro.

Pemain-pemain seperti Jamie Vardy (gambar bawah), Ian Wright, Charlie Austin, Jimmy Bullard, Troy Deeney, Gary Hooper, Les Ferdinand, Rickie Lambert, Kevin Phillips dan Steve Finnan adalah contoh pemain yang bermula dari kelab-kelab komuniti sebelum bermain di Premier League.

Apa akan terjadi kepada mereka jika tiada kelab-kelab komuniti kecil yang menggunakan khidmat mereka apabila dilepaskan oleh akademi mereka sebaik mencecah umur 17 tahun?

Bakat mereka akan tersia-sia begitu sahaja. Inilah yang berlaku di Malaysia.

Sudahlah pasukan Liga Super dan Perdana kita tak mempunyai akademi. Tiada kelab bola sepak komuniti pula. Sudah berapa banyak bakat pemain yang sudah kita sia-siakan dalam masa lebih 2 dekad?

Belajar cara menyertai bola sepak komuniti pada 26 Februari 2017 ini

Jika anda seperti kami – berminat untuk tahu dan memeriahkan bola sepak komuniti – kami menjemput anda untuk datang ke Selangor Football Day yang bakal diadakan pada:

Tarikh: 25 Februari 2017
Masa: 12pm – 5pm
Tempat: Damansara Performing Arts Center (DPAC), Empire Damansara
Masuk percuma

Dalam Selangor Football Day ini, anda akan belajar topik berikut dari individu berikut:

“Raising the standards of community football to facilitate football development” – Dr. Johan Kamal Hamidon (Selangor Youth Community – SAY)

“Creating a sustainable football community” – Mr. Mark Chua (Supersharkz, Selangor Swimming Coach)

“The potential of community football in Selangor: Australia as a perfect case study for community football” – Mr. Mehmet Durakovic (Ex-FA Selangor Player/Coach)

“The role community football towards the national football agenda” – Mr. Safirul Abu Bakar (CEO of NFDP)

“The relationship between community football and football club privatisation” – Mr. Kevin Ramalingam (CEO of FMLLP)

“The symbiotic branding between community football, media and football fandom” – Dr. Ira Mardiana (Ph.D in Football Branding and Media (UK))

“The attributes and mentality required for community football to leap to professional football” – Datuk K. Rajagobal (Ex-FA Selangor/Harimau Malaya Coach)

Semuanya BOLA akan turut bersama menyertai Selangor Football Day ini sebagai panelis bersama individu hebat berikut:

  • Amar dan Remy – Tifo Arena Founders
  • Khal – Padangbolasepak Founder
  • Hanif Miswan – Media Prima

Tempat untuk menghadiri Selangor Football Day ini adalah TERHAD. Tadi sila pastikan anda mendaftar cepat dengan MENGISI BORANG DI LINK INI >>> DAFTAR Selangor Football Day.

Mari kita sama-sama perkasakan bola sepak komuniti. Jumpa anda semua di sana!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN