Jermain Defoe: “Ibu Selalu Tanya Saya, Bila Nak Bersara Dari Main Bola Sepak?”

Jermain Defoe bersara dari bermain bola sepak? Rasanya belum lagi dalam masa terdekat!

Jermain Defoe masih belum tahu bila beliau akan bersara daripada bermain bola sepak.

Berusia 34 tahun, beliau masih lagi utuh beraksi dengan gahnya. Kata orang, ibarat wain semakin tua semakin mantap.

Prestasi mantap beliau membuatkan beliau kini aset penting Sunderland untuk terus kekal di Premier League.

Bila nak berhenti?

Satu perkara yang menjadi kegusaran Defoe adalah ibunya sering bertanya kepada beliau, “bila nak berhenti main bola?”.

Kata Defoe, beliau sendiri tidak tahu bila hendak berhenti bermain bola sepak.

“Ibu sering bertanya kepada saya bila hendak bersara dari bermain? Bila nak dapatkan lesen jurulatih pula?”

“Secara jujurnya saya tak tahu bila saya akan bersara, sebab saya masih lagi jalani kehidupan saya seperti pemain bola seperti biasa.”

Mereka rindukan suasana dulu

Satu punca yang menyebabkan Defoe masih lagi belum tahu bila beliau akan bersara dari bermain bola sepak adalah kerana beliau risau akan merindui saat-saat bergelar pemain profesional apabila sudah bersara.

Hal ini jelas terjadi apabila beliau menanyakan satu soalan kepada 2 rakannya yang sudah bersara – Ian Wright dan Les Ferdinand.

“Saya bertanya kepada mereka sama ada mereka masih rindukan saat menjadi pemain, dan mereka katakan ya.”

“Mereka bukan sekadar rindu saat beraksi di padang dan juga berlatih di padang latihan. Tetapi mereka juga rindukan saat bersama rakan sepasukan di bilik persalinan dan sebagainya.”

Kerana jawapan Wright dan Ferdinand itu yang mendorong Defoe untuk bermain selama mana yang beliau mahukan.

“Saya mahu bermain selama mana yang saya mahu dalam karier saya.”

“Bermain bola itu adalah satu perkara yang saya suka, sebab itu saya mahu lakukan selama mana saya mampu.”

Baca juga: Rangkuman Piala FA Malaysia Pusingan 2: Kelantan & Selangor Tersingkir!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN