Kedah Akan Dapat Stadium Baharu Berkapasiti 60 Ribu Tempat Duduk

Stadium baharu Kedah akan dibina tidak lama lagi dan usaha ke arah itu sedang giat dilakukan.

Menurut sumber Bernama, beberapa kertas kerja mengenai pembinaan stadium telah diterima oleh kerajaan negeri dan ia cuma menunggu masa untuk dimuktamadkan.

Berpindah luar Alor Setar

Namun begitu, pembinaan stadium baharu ini akan menyaksikan pemindahan lokasi untuk gelanggang rasmi pasukan Kedah pada masa akan datang.

Ini kerana pembinaan stadium itu memerlukan ruang yang luas kerana bukan stadium sahaja yang akan dibina. Malah tapak perniagaan. gerai makan dan pusat sukan turut akan dibina.

Tujuan pembinaan stadium ini dibina adalah kerana mahu menyelesaikan masalah pasukan Kedah dengan kehadiran penyokong yang semakin meningkat.

Cadangan awal adalah mahu untuk membina stadium berkapasiti 60 ribu tempat duduk bagi menggantikan Stadium Darul Aman yang mempunyai kapasiti 30 ribu sahaja.

1 daerah 1 tarikan

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah beliau mahukan setiap daerah di Kedah mempunyai tarikan yang tersendiri.

“Kita nak setiap daerah di Kedah punya tarikan tersendiri. Jika Sungai Petani bakal ada litar lumba, biarlah daerah lain ada stadium baharu untuk pasukan Kedah.”

Jadi penyokong Kedah, apa pendapat anda mengenai cadangan stadium baharu ini?

Baca juga: Antoine Griezmann Tak Akan Ke Manchester United Jika Gagal Ke UCL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN