Claudio Ranieri kecewa kerana beliau telah berikan terlalu banyak peluang kepada skuadnya untuk mengubah nasib pasukan, namun Leicester City masih lagi tidak mampu untuk bangkit.
Mereka kini 1 mata sahaja di atas zon penyingkiran selepas tewas 2-0 di tangan Swansea City dalam perlawanan yang disifatkan Ranieri sebagai “perlawanan terpenting Leicester City” musim ini.
Rela dibolos tetapi tak rela memboloskan
Claudio Ranieri kecewa kerana pasukannya musim ini seolah tidak bermain bola sepak.
Mereka ibarat rela gol mereka dibolosi lawan dan dalam masa yang sama tidak rela memboloskan pihak lawan.
Ini terbukti kerana Leicester City belum lagi menjaringkan sebarang gol dalam aksi Premier League pada tahun 2017!
Ranieri sendiri mengaku terdapat banyak perkara yang perlu diubah oleh beliau demi mengubah nasib pasukan.
“Sudah semestinya saya perlu ubah sesuatu. Kalau dibiarkan perkara ini ia akan beri masalah besar kepada pasukan.”
Terlalu banyak peluang
Ranieri juga mengaku yang beliau melakukan satu kesilapan – memberikan terlalu banyak peluang.
Beliau dikatakan memberi terlalu banyak peluang kepada beberapa pemain sedangkan mereka sudah lama beraksi longlai di atas padang.
“Musim lalu, beberapa pemain ini telah berikan saya dan peminat Leicester City kejuaraan Premier League.”
“Jadi pada musim ini, saya berikan peluang kepada mereka untuk ubah nasib pasukan. Namun saya dah bagi terlalu banyak peluang kepada mereka.”
“Sekali dua peluang saya bagi namun mereka tak guna peluang itu dengan baik. Namun selepas banyak kali peluang saya bagi saya rasa sudah cukup sudah!”
Jamie Vardy, Robert Huth, Danny Drinkwater dan Wes Morgan adalah beberapa pemain yang diberikan peluang yang banyak oleh Ranieri namun gagal menggunakannya.
Masih ada harapan
Walaupun kini keyakinan skuad Leicester City senipis kulit bawang. Namun Ranieri yakin beliau dan anak-anak buahnya mampu mengubah takdir pasukan mereka.
“Apabila saya bercakap dengan pemain saya, dan cara pemain saya bercakap dengan saya membuktikan yang saya dan pasukan masih ada keyakinan yang pasukan ini akan berjaya mengubah nasib pasukan.”
“Kami ibarat mesin yang tidak digunakan kekuatannya secara maksima. Oleh kerana itu kami mengalami masalah kerana setiap pasukan sentiasa menggunakan kekuatannya secara maksima.”
Ranieri mengaku yang pasukannya kini menghalakan fokus mereka kepada Premier League walaupun 2 perlawanan selepas ini adalah FA Cup menentang Milwall dan UEFA Champions League menentang Sevilla.
“Ayuh, kita pasti boleh lakukan sesuatu!” katanya diakhir temu ramah.
Baca juga: Barcelona Dibenarkan Untuk Beli Pemain Baru Di Luar Jendela Perpindahan