Sungai Ara FC & DYS FC Tarik Diri Dari Saingan Piala FA Malaysia

2 kelab Piala FAM, Sungai Ara FC dan juga DYS FC telah dikhabarkan menarik diri dari saingan Piala FA Malaysia 2017.

Perkara itu telah pun disahkan oleh pihak FMLLP menerusi hebahan mereka di laman Facebook mereka sebentar tadi.

Tak dapat dielakkan

Keputusan yang dibuat oleh 2 kelab tersebut iaitu Sungai Ara FC dan juga DYS FC dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Oleh kerana itu, 2 pasukan yang menentang mereka di pusingan pertama Piala FA Malaysia iaitu Petaling Jaya Rangers dan juga MOF FC diberikan kemenangan percuma ke pusingan kedua kejohanan tersebut.

Namun begitu, Sungai Ara FC dan juga DYS FC tetap akan bersaing di dalam Piala FAM seperti biasa musim ini.

Kami berharap agar kedua-dua pasukan ini dapat menempuh musim 2017 ini dengan mudah walaupun menghadapi pelbagai masalah.

Piala FA Malaysia pusingan pertama akan dilangsungkan pada hari Ahad, 5 Februari 2017 dengan sepak mula dilangsungkan pada jam 4.15 petang dan juga 9.00 malam.

10 pasukan dari Piala FAM bakal berentap di pusingan pertama ini melibatkan 5 perlawanan.

Tetapi memandangkan penarikan diri pasukan Sungai Ara FC dan juga DYS FC, hanya 3 perlawanan sahaja bakal dilangsungkan.

Berikut jadual perlawanan pusingan pertama Piala FA Malaysia 2017:

  • Penjara FC lawan Felcra FC (Stadium Mini USIM, Nilai – 4.15 petang)
  • PB Melayu Malayia lawan SAMB FC (Stadium Mini UKM, Bangi – 4.15 petang)
  • Sime Darby lawan Shahzan Muda (Stadium MP Selayang – 9.00 malam)

Baca juga: Pemain Ini Nekad Tinggalkan Kelab Pinjamannya, Sejam Lepas Dituduh Nazi Oleh Penyokong

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN