Analisis Taktikal MSL 2017: Benjamin Mora Ubah Taktik, Aliran Bola JDT Lebih Lancar

Benjamin Mora ubah taktik pada separuh masa kedua ketika memasukkan Safawi Rashid, masa inilah JDT bermain dengan lebih lancar.

Permulaan

JDT bermula dengan sistem 4-2-3-1 dengan Benjamin Mora hanya menukar beberapa pemain atas sebab teknikal. Manakala Felda United bermain dengan sistem lebih 4-3-2-1/4-3-3.

JDT bermain direct football

Pada perlawanan ini saya menjangkakan Benjamin Mora kan cuba mengekalkan pendekatan high line pressing. Namun ia tidak berlaku.

Benjamin Mora ubah taktik kepada sistem lebih konvensional dan konservatif. Mora mengarahkan JDT bermain dengan sistem yang agak direct football pada awal perlawanan.

Taktikal direct football ini diaktifkan mungkin kerana Mora merasakan ia bukan hari yang bagus untuk mencuba taktikal lebih fancy berhadapan kualiti Felda United.

Keutamaan adalah 3 mata. Taktikal sebelum ini mungkin berisiko kerana para pemain masih belum komprehensif dan memerlukan lebih latihan untuknya.

Jadi, mereka akan menyerap asakan seperti biasa dan menyerang banyak menerusi sehala. Gerak dan hantaran silang. Selain itu sistem ini untuk membantu Baralles untuk mendapat lebih banyak servis.

Masalah direct football JDT

Hanya Azamuddin Akil yang benar-benar efektif dengan sistem ini. Harus diingat, Azamuddin adalah graduan sistem ini ketika sistem ini membantu kegemilangan Pahang.

Azamuddin tahu cara bermain sistem ini dengan cuba memastikan bola dihantar segera ke dalam kotak penalti. Pemain lain pula, ramai yang kurang efektif.

Direct football, misi dia untuk menghantar bola segera kepada target man. Namun pemain seperti Brian Ferreira bermain terlalu lama dengan bola. Brian perlu perbaiki isu teamplay ketika bermain no.8.

 

Lihat contoh ini. Safiq cuba menggelecek dan tidak bermain direct untuk hantar ke target man. Bola hilang begitu sahaja.

Felda United dengan mudah mematikan sistem direct football mereka dengan sistem pertahanan 5-4-1. Aliran bola JDT sangat lemah pada separuh masa pertama.

Ancaman daripada JDT banyak daripada situasi bola mati bukannya gerakan taktikal. Namun Azamuddin harus dipuji, dia sangat efektif dalam sistem ini. Pemain ini yang paling banyak mencipta peluang untuk rakan beliau.

Ini gambaran bagaimana 2 titik utama JDT sangat lemah iaitu lebar (width) di sebelah kanan.  Fazly Mazlan patut membekalkan lebih width seperti  biasa. Zon 14 lemah. Cuma ada 1 kawasan aktif untuk servis kepada target man.

Biru – gerakan, hijau-hantaran

Felda United hukum kecelaruan JDT

Isu yang jelas adalah sistm pertahanan JDT rapuh. Safiq Rahim dan Amirulhadi sekali lagi membuktikan mereka perlukan lebih banyak latihan untuk menjadi pivot kembar.

Amirulhadi nampak ada perubahan dari segi sokongan posisi. Beliau sudah menunjukkan dia lebih tahu di mana seorang no.6 berada apabila pasukan menggerakan serangan. Dia masuk di celah-celah 2 bek tengah pasukan.

Rasanya Mora sedang membangunkan (develop) beliau untuk peranan half back ini.

Lihat posisi beliau ketika bermain bek separa/half-back role. Nampak sangat baik dari segi posisi, cuma beliau perlu tingkatkan aspek destroying dan kerja bertahan seperti membentes dan memintas. Mora pula harus perbaiki isu sokongan di pivot.

Lihat apa yang Amirul Hadi lakukan ini. Antara visual yang saya sangat suka. Dia mecipta ruang palsu (false space) kepada Zah Rahan.

Melihat ruang itu, Zah Rahan menjana gerakan segera ke situ dan Amirul menyerang ruang itu dalam keadaan Zah Rahan tertipu dengan false space itu, kerana Amirul Hadi dalam keadaan bersedia untuk false space itu.

Namun Felda United sentiasa memiliki ruang yang sangat besar di sekitar zon 14 JDT. Mana tidaknya, Safiq Rahim kerap membiarkan Amirul keseorangan apabila diserang balas.

Ia menjadikan JDT seperti dalam 4-1-4-1 ketika Amirulhadi terpaksa mengawal ruang yang sangat besar. Selain Azamuddin, pemain serangan lain sangat lemah dalam membantu pertahanan untuk track back.

Safiq mewujudkan unwanted 4-1-4-1. Connection lemah di zon 14 JDT (Hijau – hantaran)

Kesannya Felda United sentiasa mudah dan cepat untuk akses ke dalam kotak penalti mereka dengan asiditi tinggi. JDT gagal meneutralkannya lebih awal.

Isu penyudah dan disiplin Felda United

Jika ditanya, kenapa Felda United kalah? Ia lebih kerana mereka tidak cukup tajam di hadapan gol dengan banyak peluang terhidang ketika sistem pertahanan JDT seperti sistem diserang virus pada awalnya.

Mereka melepaskan gol selepas pertahanan lemah menangani ancaman dari situasi bola mati dalam sistem man to man marking. 3 pemain berlari ke zon Baralles dan Fadhli Shas memiliki ruang yang mudah.

Cara mereka menyerang sudah betul iaitu, serang melalui half-space dan tengah kerana Amirul Hadi sangat lemah memberikan perlindungan. Safiq Rahim pula tidak bermain peranan box to box.

Dia seperti sedang bermain no.8 tulen. Itu peranan yang dipegang Brian Ferreira. Ia berlaku konflik posisi!

Felda United gagal lebih tajam untuk menghukum JDT ketika fasa JDT bermain dalam keadaan bercelaru. Ia diburukkan lagi dengan kad kuning kedua bek kanan mereka.

Satu terjahan yang tidak perlu rasanya. Safawi Rasid di kawasan yang tidak boleh mencetuskan ancaman secara langsung (direct).

Felda United semakin hilang tenaga dan stamina sedangkan JDT tidak bermain intensif dalam perlawanan ini.

Mora ubah taktikal

Fasa perubahan taktikal JDT adalah ketika kemasukan Safawi Rasid. Mereka mengeluarkan Baralles. Jadi, mereka tidak bermain sistem target man.

Ia diindahkan lagi dengan Felda United yang bermain 10 orang selepas hanya beberapa minit Mora menukar dari direct football dalam formasi 4-2-3-1 dengan 4-3-3 yang lebih moden.

Mereka menolak Brian Ferreira menjadi 9 jadian/ false 9. Cabrera ditarik ke tengah. Menjadikan 4-3-3 mereka dalam platform 4-1-2-3.

Animasi taktikal mereka lebih baik. Aliran bola diperbaiki. Gol Cabrerra antara testimoni terbaik untuk mereka. Ini gambaran 5 di atas (front 5) apabila Mora ubah taktik. Lebih fluid.

Bola sepak JDT diperbaiki dari segi serangan. Namun pertahanan masih agak rapuh dan senang diserang balas, cuma Felda United sudah seperti habis ‘gas’ untuk menyerang.

Banyak gerakan serangan balas berasaskan gerakan individu. Itu pun JDT lemah untuk matikan, Zah Rahan hampir menjaringkan gol dalam beberapa perjuangan solo beliau.

Malam Felda ditutup dengan aksi comedy error penjaga gol mereka yang keluar tetapi gagal untuk ‘claim’ atau menepis bola. Ia adalah sangat asas dalam bola sepak.

Penilaian

Kemenangan kerana Mora ubah taktik kepada 4-3-3 tanpa sistem target man dan sikap Felda United yang seperti tak kuasa untuk menang perlawanan ini.

Sistem direct football mereka tidak menyerlahkan ramai pemain. 2 bek sisi terhad peranan mereka. Pemain tidak bermain sistem direct football dengan ‘direct’.

Azamuddin efektif dalam kedua-dua fasa perubahan taktikal tersebut. Namun saya merasakan perlawanan malam ini masih bukan visual taktikal sebenar JDT. Ia lebih kepada pelan untuk menang hari ini.

JDT perlu perbaiki isu pivot mereka. Seterusnya adalah isu menutup ruang ketika bertahan. Mujurlah Felda United pasukan yang seperti bermasalah stamina dalam perlawanan ini tidak seperti yang selalu mereka mainkan sebelum ini.

Untuk Felda United, pasukan ini bermain lebih baik secara taktikal sebelum kad kuning kedua Hasni Zaidi.

Pemain Terbaik

Azamuddin Akil (JDT)

Satu-satunya pemain yang efektif dalam kedua-dua sistem taktikal Mora dalam perlawanan ini. ia tahu cara bermain direct football dan tahu cara bermain pendekatan lebih moden.

Bermain sebagai defensive winger dalam perlawanan ini. Pemain paling kreatif dan banyak mencipta peluang gol termasuk 2 bantuan gol!

Tahniah JDT!

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Trio VAD Yang Dinamik ‘Membunuh’ Pulau Pinang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN