Previu MSL 2017: Kedah vs. Sarawak (P2), Sarawak Mahu Curi Mata Sukar

Kedah vs. Sarawak pada malam ini pasti ada pesona tersendiri. Kedah sudah tentu sedang dalam mood terbaik dan keraian buat masa ini.

Kedah

Kedah FA players celebrate after won the 2017 Sumbangsih Cup againts Johor Darul Ta’zim by penalty shoot-out at Larkin Stadium. Pix by Rizanizam/asiana.my

1. Sistem serangan

Ini adalah aspek yang harus diselesaikan Tan Cheng Hoe. Dalam perlawanan menentang JDT pemain ini bermain peranan no.8 dan ia sangat lemah.

Mungkin Tan Cheng Hoe harus menolak Sandro sedikit ke atas dalam peranan no.10.

Seterusnya, Kedah perlukan lebih link up play di antara penyerang utama dan juga pemain di sekitar beliau.

2. Kedah nampak lebih kuat

Ini aspek yang tidak boleh dinafikan. Mereka memiliki kualiti pemain yang lebih baik dan matang daripada musim lalu.

Dalam perlawanan menentang JDT, kemasukan pemain seperti Farhan Roslan memberikan dimensi berbeza kepada corak permainan mereka. Harus diingat, mereka juga ada Syazwan Zainon yang tidak diturunkan sebelum ini.

3. Dominasi di tengah

Liridon Krasniqi adalah enjin di tengah. Pasukan ini menggemari dominasi di tengah padang untuk memastikan mereka lebih cengkaman taktikal dalam perlawanan.

Sarawak

Sarawak players celebrate Mateo Roskam equaliser against T-Team FC during their 2017 Super League match played at the Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium, Kuala Terengganu on 21 January 2017. Photo by Ahmad Ridhuan | asiana.my

1. Pertahanan

Sarawak masih dihantui sindrom lemah untuk mencipta clean sheet.  Kali terakhir mereka melakukan clean sheet adalah Julai 2016.

Hari ini Sarawak akan berhadapan dengan pasukan yang memiliki ramai pemain yang boleh menjaringkan gol. Isu paling penting untuk Sarawak adalah cuba fokus kepada isu pertahanan dan serangan balas.

2. Mentaliti

Musim lalu, pasukan ini ada krisis mentaliti yang teruk walaupun memiliki ramai pemain berbakat. Mereka harus membuktikan pasukan yang ada hari ini lebih positif dari segi mentaliti.

3. Semangat pemain muda

Sesuatu yang menarik untuk skuad Sarawak adalah unit pemain muda mereka yang berbakat. Mungkin ia akan menjadi elemen penting untuk melakar kejutan ke atas pasukan pilihan Kedah.

Prestasi semasa

Kedah – S
Sarawak – S

Kedah berada di ke-4, manakala Sarawak berada di tangga ke-8 selepas masing masing seri satu sama pada perlawanan pembukaan.

Rekod 5 pertemuan

Kedah menang – 4 (80%)

Sarawak menang – 0 (0%)

Seri – 1 (20%)

Fakta perlawanan

  • Kedah masih belum tewas dalam 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan
  • Sarawak pula hanya menang sekali dari 7 perlawanan terakhir mereka, 2 kekalahan dan 4 seri
  • Selepas kali terakhir tewas di tempat sendiri di tangan T-Team (13/8/16), Kedah telah menang 5 kali berturut-turut di Alor Star
  • Kali terakhir Kedah tewas di dalam Liga Super di Alor Star adalah 3 Ogos 2016 di tangan Pahang
  • Sarawak tidak menang dalam 5 perlawanan terakhir di tempat lawan
  • Sarawak gagal melakukan clean sheet dalam 14 perlawanan terakhir mereka. Kali terakhir ketika menentang JDTII, Julai 2016.

Sebelum wisel

Kedah vs. Sarawak pastinya pertarungan yang akan menarik kerana kedua-dua pasukan dalam mood yang agak positif.

Sarawak dan Kedah masing-masih bangkit dari ketinggalan dalam perlawanan pertama mereka.

Kedah pastinya mahu menang perlawanan ini  untuk mengorak langkah lebih besar dalam kempen kali ini. Bagi pasukan Sarawak, sebarang mata dari Darul Aman adalah untuk diraikan.

Baca juga: Previu MSL 2017: JDT vs. Felda United (P2), JDT Mahu Selesaikan Isu Taktikal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN