Kerana Aktif Membantu Badan Kebajikan, Anis Ben-Hatira Ini Disingkirkan!

Pemain Tunisia Anis Ben-Hatira ditamatkan kontrak oleh kelab beliau atas persetujuan bersama. Ia selepas pemain tengah tersebut dikaitkan dengan pertubuhan keganasan.

Ansaar International merupakan sebuah badan bukan kerajaan di Jerman. Badan ini mempunyai pelbagai projek di Syria, Palestin dan Afghanistan.

Pemain Darmstadt, Anis Ben-Hatira sering membantu badan tersebut dalam melaksanakan programnya. Namun, ia telah mengundang kritikan ramai pihak.

Antara pihak mengkritiknya ialah penyokong kelab. Sabtu lalu, sebahagian penyokong kelab telah memasang kain rentang meminta Anis Ben-Hatira agar menjauhkan diri dengan organisasi tersebut.

Kemudian, Anis menganggap tindakan mereka sebagai memburuk-burukkannya. Beliau mempertahankan tindakan untuk berkerjasama dengan Ansaar International.

Lebih teruk apabila pasukan beliau Darmstadt turut campur tanga. Darmstadt dipercayai ditekan oleh sekumpulan individu yang berpengaruh.

Ini berpunca daripada laporan media negara tersebut mengatakan pertubuhan itu ada kaitan dengan keganasan.

Padahal ia cuma pertubuhan kebajikan yang menyalurkan bantuan tanpa mengira latar belakang penerima di wilayah yang memerlukan.

Darmstadt mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak beliau. Presiden kelab, Rudiger Fritsch menyifatkan tindakan pemain itu salah. Ini kerana Ansaar International itu dikritik di seluruh Jerman.

Rudiger Fritsch juga mengesahkan Anis dilepaskan atas persetujuan bersama (mutual consent). Rudiger Fritsch berkata:

“Kami dengan dukacita memaklumkan kerjasama kami dengan Anis Ben Hatira telah tamat.”

“Kami mengharapkan Ben Hatira, pemain yang sentiasa memberikan teladan yang baik sepanjang beliau di sini, semoga berjaya di masa akan datang.”

Ia tamparan untuk pengurus Darmstadt, Torsten Frings yang menganggap Anis Ben-Hatira sebagai pemain penting dalam pasukan.

Anis memberi kenyataan balas

Beliau memberitahu bahawa beliau membantu organisasi itu memperjuangkan layanan sama rata terhadap semua orang walaupun wujud perbezaan warna kulit dan kepercayaan agama.

Beliau juga merasakan tindakan Darmstadt itu sebagai sabotaj terhadap kariernya di Jerman. Ia tuduhan yang agak liar untuk beliau terima.

Tekanan sebagai ‘yang dikenali’

Memang benar tekanan seperti dihadapi Anis Ben Hatira itu ada. Lagi-lagi di mana kita tidak dapat mempertahankan prinsip kita di hadapan majoriti.

Kadangkala ia juga boleh menjejaskan reputasi dan karier kita. Semoga Anis dapat membuktikan karier permainannya terus cemerlang dan berjaya! Meskipun dihadapi ujian berat seperti ini!

Baca juga: Previu MSL 2017: JDT vs. Felda United (P2), JDT Mahu Selesaikan Isu Taktikal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN