Pencalonan Presiden FAM; TSAM Tarik Diri, Pertahan Kepentingan Orang Politik Dalam Bola Sepak

Sebentar tadi, bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memberikan pandangan beliau tentang pencalonan jawatan Presiden FAM.

Beliau juga menyeru agar semua peminat bola sepak sedar bahawa orang politik ada banyak kelebihan untuk menjawat jawatan tersebut.

Ini adalah petikan daripada kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang telah kami sunting.

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa

Di antara mereka yang telah dicalonkan sebagai Presiden FAM adalah YB Khairy Jamaluddin. Beliau adalah calon paling layak.

Bukan sahaja kerana beliau adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan sukan negara tetapi beliau juga berpengalaman mengendalikan pasukan (bola sepak) profesional, MY Team.

Beliau juga berpengelaman sebagai Timbalan Presiden FAM.

Jangan nafikan kepentingan orang politik dalam bola sepak

Sebarang usaha menolak peranan dan penglibatan orang politik dalam bolasepak tanah air bererti menolak dan menafikan peranan majoriti kepimpinan bola sepak negara dan negeri pada masa ini.

Kelantan, Terengganu, Perlis , Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, PB Melayu Malaysia,PB Cina, PB India.

Mereka adalah 12 daripada 19 badan gabungan yang pernah atau sedang dipimpin oleh orang politik dari pelbagai latar belakang berbeza, DAP,PKR,PAS dan UMNO.

Sementara beberapa negara anggota FIFA dipimpin orang politik termasuk menteri dan bekas menteri kabinet.

Presiden FAM yang menolak atau tidak berkerjasama dengan orang politik bakal gagal membangunkan bolasepak negara dengan berkesan.

Ini kerana pembangunan bolasepak malaysia memerlukan persefahaman dan kerjasama pelbagai pihak dalam suasana saling menghormati dan penuh muafakat.

Khairy Jamaluddin calon terbaik!

YB Khairy Jamaluddin, adalah orang yang diamanahkan menggarap aspirasi generasi muda ke arah penggubalan pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Diharap beliau dapat turut memasukkan aspirasi penyokong dan peminat bolasepak Malaysia yangg mahu melihat Malaysia sebagai sekurang kurangnya berada dalam 100 terbaik (sepatutnya 50 terbaik) dalam arena bolasepak.

Untuk itu di harap Khairy Jamaluddin dapat memperluaskan Pelan Induk Pembangunan Bola Sepak Negara kepada satu blueprint komprehensif untuk 30 tahun dan memungkinkan berubahnya DNA bolasepak Malaysia.

Orang yang belum atau tidak memegang jawatan politik tidak semestinya tiada cita cita politik. Atau mungkin saudara mara mereka adalah orang politik.

Adakalanya orang yang dilihat bukan orang politik, tetapi alang kepalang politiknya.

Tan Sri Annuar Musa undur diri

Untuk FAM, pilihlah sesiapa sahaja. Bak kata Presiden Bola Sepak Negeri Sembilan, yang penting bukannya mencari yang popular kerana tetapi kita mahu yang boleh memimpin.

Pencalonan diri saya tidak lagi releven apabila Khairy Jamaluddin sudi menerima pencalonan dirinya. Semoga berjaya KJ.

Apa pandangan pembaca semuanyaBOLA?

Baca juga: Lelaki Ini Beri 9 Dalil Kenapa TMJ Layak Jadi Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN