Bagaimana Untuk Menarik Wanita Lebih Minat Menyaksikan Bola Sepak? Pakaian!

Wanita menyaksikan bola sepak? Wanita dan bola sepak adalah 2 intipati yang semakin dekat. Di negara kita semakin ramai penyokong bola sepak wanita.

Kami mulai tertanya-tanya, apakah perkara yang boleh menambahkan lagi semangat seorang wanita untuk datang ke stadium agar lebih semangat wanita menyaksikan bola sepak.

Jawapannya adalah pakaian! Jawapan ini diperolehi hasil satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat oleh wartawan Jezebel.

Mereka menyatakan; wanita akan lebih bersemangat datang ke stadium apabila ada pakaian yang cantik.

Sumber: Tifo Arena

Pakaian sukan vs aksesori wanita

Jadi, persepsi menyatakan wanita lebih suka benda benda comel seperti anting-anting, rantai, ataupun gelang tangan dengan label pasukan bola sepak adalah tidak tepat.

Pakaian boleh terbahagi kepada banyak jenis. Dari jersi sehinggalah ke kasut.

Dalam sukan NFL di Amerika Syarikat, wanita adalah pelanggan utama untuk cendera mata rasmi hampir setiap pasukan. Ini kerana sikap wanita ketika membeli barangan.

Kuasa beli penyokong wanita adalah hampir 70%-80% berbanding dengan lelaki.

Kenapa wanita lebih banyak membeli?

Wanita biasanya membeli barangan bukan untuk diri mereka sendiri sahaja, malah sekali untuk orang lain. Wanita adalah caregivers yang jauh lebih baik dari lelaki.

Maka tidak hairan jika rakan sepejabat wanita anda akan membelikan anda ole ole walaupun tidak begitu rapat dengan anda. Tetapi kawan lelaki anda yang ke hulu ke hilir bersama anda, tidak kisah pasal benda seperti itu.

Untuk wanita yang belum berkahwin, mereka membeli untuk adik beradik, keluarga, teman lelaki ataupun rakan-rakan.

Bagi wanita yang sudah berkahwin, mereka akan cenderung untuk membeli untuk suami, anak-anak dan juga orang lain yang dekat dengan mereka.

Lelaki pula lebih fokus kepada pasukan. Ada yang hanya memiliki satu jersi untuk 3 musim. Ada juga yang tidak kisah ada jersi ke tak ada.

Di UK sendiri ramai penyokong lelaki akan membahan rakan mereka yang suka membeli barangan cendera mata dalam kuantiti yang banyak. Mereka akan berkata:

“Kau beli banyak-banyak ni macam perempuan pegi shopping.”

Pereka fesyen terlibat dalam sukan

Dalam banyak-banyak kelab sukan termasuk NFL, MLB, NBA, mereka bekerjasama dengan pereka pakaian terkenal secara esklusif untuk memastikan yang terbaik untuk pelanggan mereka terutama sekali wanita.

Sudah menjadi lumrah, wanita lebih cerewet dalam soal rekaan baju ataupun jersi pasukan berbanding dengan lelaki.

Antara perkara yang selalu wanita tanya kepada suami, ataupun teman lelaki mereka ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium adalah:

“Awak pakai baju/kasut apa hari ini?”

Bagi mereka, wanita menyaksikan bola sepak pun kena ada fesyen. Jadi mereka akan lebih sayangkan sukan ini apabila mereka dapat menggayakan baju ataupun jersi peminat.

Dalam erti kata lain aspek fesyen turut diambil kira oleh sesebuah pasukan bola sepak. Dapat pula jersi baru hadiah dari orang tersayang, lagilah bersemangat wanita menyaksikan bola sepak dan nak datang ke stadium.

Jadi kepada yang mahu tahu cara untuk menarik hati wanita yang anda sayangi tetapi dia kurang berminat dengan bola sepak, anda cuba belikan dia pakaian dengan tema bola sepak yang sesuai dengan mereka.

Antara ayat pick-up line yang paling menusuk adalah;

“Awak nampak lebih cantik pakai jersi/baju (pasukan bola sepak).”

Selain itu, maklumat ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh pasukan-pasukan bola sepak di negara kita untuk lebih mensasarkan wanita sebagai kelompok pelanggan barangan mereka.

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Jersi Perak 2017 Kekalkan Kecantikan Visual Jersi Musim 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN