Ryan Mason Alami Kecederaan Serius Di Kepala Pada Aksi Chelsea-Hull City

Ryan Mason alami kecederaan serius di bahagian kepala ketika aksi perlawanan Chelsea dan Hull City dalam aksi Premier League di Stamford Bridge, semalam.

Beliau dikejarkan terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

9 minit rawatan

Ryan Mason alami kecederaan tersebut selepas beliau bertembung dengan pemain Chelsea, Gary Cahill untuk situasi perebutan bola di udara.

Dalam situasi itu, Cahill telah tertanduk kepala Mason hingga menyebabkan kecederaan serius terhadap bekas pemain Tottenham Hotspur itu.

Mason yang kemudiannya rebah tidak bermaya untuk bangun, terpaksa menerima rawatan selama 9 minit di atas padang oleh fision pasukan.

Selepas dirawat, beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dengan diusung keluar oleh pihak pegawai perubatan sambil disokong dengan alat bantuan pernafasan.

Di Hospital St. Mary, beliau diberikan rawatan kecemasan dan walaupun mengalami kecederaan serius, beliau tetap berada dalam keadaan stabil.

“Mason berada dalam keadaan stabil, dan dijangka akan berehat di hospital dalam beberapa hari.”

Marco Silva yang merupakan pengurus Hull City turut memberikan pandangan beliau mengenai kecederaan itu.

“Saya cuma dapat bayangkan Mason akan berehat di hospital. Saya tak harapkan keajaiban dan dalam masa yang sama saya harap kecederaannya tidak teruk. Kita tunggu dan lihat saja.”

Cahill yang bertembung dengan Mason juga menzahirkan kerisauannya terhadap pemain tersebut.

“Kami bertembung di bahagian kepala dan ada impak yang sangat besar menimpa Mason dan kemudiannya beliau pun jatuh ke tanah. Saya harap beliau akan pulih segera.”

Semoga cepat sembuh

Kecederaan serius yang menimpa Mason turut mendapat perhatian beberapa pihak di media sosial.

Bekas kelabnya iaitu Tottenham Hotspur secara terbuka mengucapkan “semoga cepat sembuh” kepada beliau.

Bekas rakan sepasukan beliau yang juga bintang Real Madrid, Gareth Bale juga turut mengucapkan ucapan yang serupa terhadap bekas rakan sepasukannya.

Hull City bertandang ke Stamford Bridge untuk menentang Chelsea untuk aksi kedua mereka dibawah pengurus baharu -Marco Silva.

Namun begitu, mereka tewas ditangan pendahulu liga tersebut hasil jaringan Diego Costa dan juga Gary Cahill.

Chelsea kini mendahului 8 mata di puncak liga dihadapan pencabar terdekat – Arsenal.

Baca juga: Marzuki Yusof, Bersaranya Seorang Lagi Ahli Class of ’01 Terengganu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN