10 Keputusan Kontroversi Pengadil Yang Berlaku Dalam Bola Sepak (Bahagian 2)

Bola sepak dan drama memang tak dapat dipisahkan. Dan pengadil juga tidak pernah lari dari menjadi tumpuan kerana mereka kadang kala ada menghasilkan keputusan yang menghasilkan persoalan ramai pihak.

Dalam artikel sebelum ini, kami tampilkan 5 insiden kontroversi dalam bola sepak hasil dari keputusan pengadil. Jadi untuk bahagian kedua ini, kami akan tampilkan 5 lagi insiden kontroversi yang mengubah skrip perlawanan.

Tom Ovrebo (Chelsea lawan Barcelona – 2009)

Kata orang, gelaran UEFALona yang diberikan kepada Barcelona bermula dari perlawanan ini.

Dalam perlawanan penting antara 2 pasukan ini di Stamford Bridge, Chelsea telah dinafikan sebanyak 4 kali oleh Ovrebo untuk mendapatkan sepakan penalti.

Inisiden ini juga terkenal dengan reaksi berang Didier Drogba yang ternyata tak puas hati dengan keputusan pengadil tersebut.

Ovrebo kemudiannya menerima ugutan bunuh selepas perlawanan ini.

Theirry Henry (Perancis lawan Ireland – 2009)

Bekas penyerang Arsenal dan Barcelona ini nyata bukanlah watak yang tidak digemari oleh peminat Ireland.

Dalam perlawanan penting untuk ke Piala Dunia 2010, Henry telah melakukan satu tindakan yang sungguh jelas menyalahi undang-undang untuk memberikan gol kepada negarannya.

Beliau didapati menampan bola dengan tangan sebanyak 2 kali untuk membolehkan William Gallas menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan tersebut dan kemudiannya layak ke Piala Dunia menerusi aggregat.

Barangkali tidak berkat dengan perbuatan tersebut, Perancis dirundum malang ketika Piala Dunia 2010. Pasukan mereka terkeluar di peringkat kumpulan, dan pasukan mereka bergaduh sesama sendiri.

Howard Webb (Belanda lawan Sepanyol – 2010)

Bagi sesetengah peminat, perlawanan akhir Piala Dunia 2010 adalah perlawanan bola sepak. Tetapi ada juga yang menganggap itu adalah perlawanan kung fu.

Aksi kasar dari pasukan Belanda terutamanya Nigel De Jong menjadi tumpuan, dan terjahan kung fu beliau terhadap Xabi Alonso sentiasa akan diingati.

Beliau melompat tinggi dan menendang bahagian dada Alonso. Secara logiknya adalah kad merah untuk beliau bukan?

Namun pengadil Howard Webb hanya memberikan KAD KUNING sahaja kepada De Jong.

“Ia adalah terjahan paling teruk pernah saya dapat.” – Xabi Alonso.

Ali Bin Nasser (Argentina lawan England – 1986)

Dalam perlawanan ini, Diego Maradona menjaringkan salah satu gol yang terbaik dalam sejarah Piala Dunia apabila berlari secara solo untuk menjaringkan gol untuk Argentina.

Namun gol cantik beliau itu ditenggelamkan dengan gol kedua dari beliau sendiri.

Ketika situasi merebut bola di udara, Maradona yang bertubuh kecil cuba merebut bola menentang penjaga gol England yang bertubuh besar – Peter Shilton.

Semua menjangkakan Shilton akan memperoleh bola tersebut, namun kemudiannya Maradona telah menggunakan tangannya untuk menumbuk bola ke dalam pintu gol.

Semua orang tahu gol itu tidak sah. Namun tidak bagi pengadil Ali bin Nasser.

Beliau mengesahkan gol tersebut, dan England tersingkir dari Piala Dunia. Sejak itu, gol itu digelar ‘The Hand of God’.

Ben Williams (China lawan Malaysia – 2010)

Jika rakyat Malaysia sering mengherdik mutu pengadilan di Liga Malaysia. Mereka pasti lupa akan nama individu yang pernah mematahkan hati seluruh rakyat Malaysia 7 tahun lepas – Ben Williams.

Dalam perlawanan penting peringkat kumpulan Sukan Asia diantara China dan Malaysia, Williams telah memberikan 3 kad merah kepada pemain negara iaitu Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanalan.

Semuanya bermula apabila Mahali diberikan kad kuning seawal minit pertama perlawanan dan disusuli kad kuning kedua dan kad merah pada minit ke-30.

Sebaik saja Mahali dibuang padang, Safiq yang cuba membantah keputusan pengadil pula menjadi mangsa apabila Williams memberikan kad merah kepada beliau.

Kunanlan pula dilayangkan kad merah selepas melakukan satu cabaran di dalam kotak penalti yang kemudiannya pemain China ‘berlakon’ untuk mendapatkan simpati pengadil pada separuh masa kedua.

3 pemain Malaysia dibuang padang, dan Malaysia tewas 3-0.

Baca juga: 10 Keputusan Kontroversi Pengadil Yang Berlaku Dalam Bola Sepak (Bahagian 1)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN