Quantcast
Ultras Africain Sindir Pemilik PSG Dengan Tifo, Turut Ada Imej KLCC


BERITA

Ultras Africain Sindir Pemilik PSG Dengan Tifo, Turut Ada Imej KLCC

Saturday, 7 Jan 2017

Paris St. Germain dalam rangka lawatan mereka ke luar negara. Ia adalah aturcara biasa mereka untuk pergi ke mana-mana destinasi semasa rehat panjang tahun baru sambil melakukan beberapa perlawanan persahabatan.

Antara tempat pilihan mereka sudah pastilah Qatar. Mana tidaknya, pemilik mereka Nasser Al-Khelaifi adalah dari Qatar. Lawatan sebegini selain daripada isu kecergasan ia juga kerana isu komersial dan menambah fanbase.

Namun kali ini mereka memilih untuk ke Tunisia dan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan Africain. Perlawanan ini merebut trofi Ooredoo Trophée des Champions.




Mereka pastinya mengharapkan penyokong di sana teruja dengan nama-nama besar dalam pasukan mereka. Antaranya adalah Julian Draxler yang baru dibeli daripada Wolfsburg.

Ultras Ucap Selamat Datang PSG!

Namun sebaliknya yang berlaku. Mereka dialu-alukan dengan selamat datang penuh sinis oleh Ultras Africain. Tifo dibentang dengan keluar perkataan:

“Created by the poor, stolen by the rich.” atapun terjemahannya “Dicipta si miskin, dirompak si kaya.”

Menariknya dalam tifo tersebut ada gambar KLCC. Kami rasa ia simbolik kepada Asia. Beberapa bangunan tertinggi dunia lain turut kelihatan di dalam tifo tersebut.

Kanak-kanak terus bermain bola sepak walaupun padang mereka habis dirompak untuk tujuan pembangunan. Ada yang digambarkan sedang asyik bermain bola.

Ada yang sedang bersedih, itulah budak di sebalik KLCC. Paling menonjol adalah imej kanak-kanak dari negara yang bukan kuasa ekonomi seperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia.

Ia adalah mesej peringatan agar kapitalis bola sepak sedar akan bola sepak adalah sukan yang masih memerlukan ‘orang miskin’.

Tinjauan kami di media sosial, orang Afrika dan Qatar memang ramai yang tidak berpuas hati dengan Nasser Al-Khelaifi.

Ia bermula sejak billionaire itu dan berberapa billionaire Qatar yang lain melabur besar-besaran di kelab Eropah. Sedangkan di negara mereka, golongan ini tidak pernah kisah pasal bola sepak.

Lebih perit adalah, apabila Nasser Al Khelaifi dikatakan memonopoli industri sukan di Afrika. Beliau adalah pemilik BeIN Sports yang memonopoli hak penyiaran sukan di sana.

Monopoli ini membolehkan beliau dan mengenakan bayaran pakej sukan sesuka hati beliau. Mereka mengibaratkan bola sepak di negara mereka sudah dirompak.

Di Afrika, pendapatan isi rumah agak rendah dan ramai yang dikategorikan miskin. Namun mereka sangat cintakan bola sepak. Kos yang tinggi harus dibayar sejak monopoli BeIn. Bola sepak seakan sukan untuk dinikmati oleh orang kaya sahaja.

Mesej ini lebih ditujukan kepada Nasser Al-Khelaifi yang dianggap mereka bapa segala kapitalis. Beliau hanya menjadikan bola sepak sebagai business yang memberikan pulangan besar.

Sepanjang perlawanan kumpulan ultras ini membakar suar dan mengejek PSG dengan chant-chant yang sinikal.

Berbalik kepada perlawanan persahabatan tersebut, ia berakhir dengan 3-0. Pada majlis penyampaian trofi Ooredoo Trophée des Champions, kumpulan ultras ini membaling objek ke dalam padang termasuk kerusi.

Pihak berkuasa Tunisia dikatakan sedang berbincang untuk mengambil tindakan ke atas Ultras Africain.

Nampaknya, PSG tidak dialu-alukan di sana.

Baca juga: Setelah Didesak Oleh Ultras, Pengurus Kelab Bulgaria Letak Jawatan Selepas 2 Jam Dilantik

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi