Bilakah Kejohanan UEFA Champions League Mula Dipertandingkan?

UEFA Champions League (UCL) merupakan kejohanan antara kelab-kelab yang paling diikuti di seluruh dunia.

Ia menghiburkan, di samping mempunyai ramai pemain-pemain handalan dunia serta permainan berkuatliti tinggi ditunjukkan.

Tetapi bilakah kejohanan ini dimulakan?

Mendominasi dunia

Jika dibuka pada arkib sejarah, Copa Libertadores iaitu kejohanan kelab-kelab utama di Amerika Selatan sudah dilangsungkan lebih awal berbanding UCL.

Ketika itu, seorang wartawan surat khabar Perancis L’Equipe iaitu Jacques Ferran telah pergi ke Santiago, Chile untuk membuat liputan mengenai kejohanan tersebut pada tahun 1948.

Selepas pulang, beliau mula mengutarakan idea untuk mewujudkan kejohanan yang serupa di Eropah pula.

“Macam mana orang Eropah yang mahu mendahului orang lain di dunia tidak boleh adakan kejohanan bola sepak seperti di Amerika Selatan lakukan? Kita mesti ikut contoh mereka!”

Idea tersebut kemudiannya diserahkan kepada UEFA untuk dibincangkan dengan lebih mendalam pada sekitar tahun 1955.

Dan akhirnya kejohanan tersebut dipertandingkan buat kali pertama pada tahun 1955.

Sejak dari itu, Ferran dan rakannya Gabriel Hanot yang merupakan editor kepada Ferran telah diangkat sebagai Bapa Piala Eropah.

Evolusi kejohanan

Kejohanan UCL ini mempunyai perubahan sepanjang ia dipertandingkan. Baik dari segi nama dan juga bentuk trofi kemenangan.

Sejak dipertandingkan pada 1955, nama asal bagi UCL adalah European Cup (Piala Eropah) dan bentuk trofi bagi European Cup adalah mirip bentuk piala bagi pemenang European Championship (EURO).

Trofi tersebut merupakan hasil dari derma yang diberikan oleh L’Equipe dan piala European Cup rekaan asal kini menjadi milik Real Madrid.

Hal ini kerana, ia diberikan kerana Real Madrid merupakan juara bertahan bagi kejohanan tersebut pada tahun 1967. Selain itu, trofi tersebut diberikan kepada Real Madrid kerana mereka pernah menjuarai kejohanan ini selama 5 musim berturut-turut.

Piala bagi European Cup rekaan terkini mula digunakan pada musim 1967. Trofi tersebut diberikan nama samaran ‘The Big Ear’ kerana rekaan bahagian tepi trofi yang lebih lebar berbanding piala sebelumnya.

Celtic merupakan pasukan pertama yang dapat mengucup piala European Cup rekaan baharu selepas memenangi kejohanan ini pada tahun 1967.

Untuk pengetahuan pembaca, kejohanan ini mula dikenali sebagai UEFA Champions League pada musim 1992/1993 sahaja.

Ia dijenamakan semula adalah untuk menaikkan nilai komersial kejohanan ini serta meningkatkan lagi prestij kejohanan ini.

Marseille merupakan pemenang pertama kejohanan ini pada era UCL.

Sejak 1992, lagu rasmi UCL yang sering dimainkan sebelum perlawanan berlangsung diperkenalkan.

Ia merupakan hasil gubahan penulis lagu dari England iaitu Tony Britten. Lagu ini dinyanyikan dalam 3 bahasa iaitu bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman yang merupakan bahasa rasmi UEFA.

Siapa yang boleh simpan piala ini?

Lazimnya bagi pemenang UCL, UEFA akan memberikan replika piala sahaja kepada mereka untuk disimpan.

Namun begitu, terdapat beberapa situasi yang membolehkan pasukan tersebut menyimpan piala asal UCL ini untuk koleksi kelab mereka.

Syarat adalah, pasukan tersebut haruslah sudah memenangi gelaran UCL sebanyak 5 kali ataupun pasukan tersebut mencatatkan hatrik kejuaraan UCL.

Real Madrid, Barcelona, Liverpool dan AC Milan merupakan pasukan yang memperoleh piala asal UCL selepas memenangi piala tersebut sebanyak 5 kali.

Manakala Ajax Armsterdam dan Bayern Munich merupakan pasukan yang memperoleh piala asal UCL hasil kejuaraan hatrik mereka.

Harus diingat, sumpahan juara bertahan tidak akan berjaya mempertahankan kejuaraan UCL mereka hanya wujud selepas UCL diperkenalkan pada tahun 1992.

Ketika kejohanan ini masih lagi dikenali sebagai European Cup, terdapat beberapa juara bertahan berjaya mempertahankan kejuaraan mereka.

Sebagai contoh pasukan seperti Real Madrid Ajax Armsterdam, Bayern Munich dan Liverpool.

Baca juga: Apakah Maksud Lencana Bernombor Di Tepi Pasukan UEFA Champions League?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN