8 Pemain Bola Sepak (Termasuk Amri Yahyah) Yang Mempunyai ‘Chant’ Mereka Sendiri

Dalam bola sepak, sorakan atau chant merupakan perkara yang menjadi sebahagian kepada warna bola sepak itu sendiri.

Chant yang terhasil lazimnya berdasarkan sejarah kelab, tetapi ada juga chant yang dicipta oleh penyokong untuk pemain-pemain tertentu.

Oleh itu, kami kumpulkan 8 chant yang pernah dicipta oleh penyokong untuk pemain bola sepak di dunia ini.

Olivier Giroud

Peminat Arsenal mendedikasikan sebuah lagu untuk penyerang Perancis ini menerusi lagu Hey Jude nyanyian The Beatles.

Setiap kali beliau menjaringkan gol, pasti akan berkumandang sorakan “Na, Na, Na Na Na, Giroud!”

Cristiano Ronaldo

Sorakan yang diberikan untuk Ronaldo ini diberikan oleh penyokong Manchester United semasa beliau masih lagi beraksi di England.

Kehebatan beliau sebagai pemain sayap tidak boleh disangkal, hal ini terbukti setiap kali beliau berlari membawa bola di bahagian sayap pasti akan ada bahaya yang menanti pihak lawan.

Penyokong Manchester United akan bersorak setiap kali beliau membawa bola dari bahagian sayap, seperti di dalam chant ini:

 

 

“Viva Ronaldo, Viva Ronaldo, running down the wing, and United sing, Viva Ronaldo!”

 

Dimitri Payet

Pembelian Dimitri Payet oleh West Ham United ternyata membawa banyak keseronokan buat mereka. Payet ternyata memberikan impak yang sangat besar kepada pasukan mereka terutamanya pada musim lepas.

Ia jelas dinyatakan dalam chant mereka untuk Payet yang berbunyi:

“We got Payet, Dimitri Payet. I just don’t think you understand.”

“He’s Super Slav’s man, he’s better than Zidane. We got Dimitri Payet!”

Chant ini juga digunakan oleh penyokong Arsenal untuk merujuk kepada Mesut Ozil.

Jamie Vardy

Jom berparti bersama Jamie Vardy! Penyokong Leicester City mencipta chant yang khas untuk penyerang mereka.

Oleh kerana Vardy merupakan pemain yang gemar berparti, mereka menyelitkan benda-benda yang berkaitan dengan parti seperti vodka dan bir.

Will Grigg

Siapa yang tak boleh lupa dengan chant Will Grigg? Chant yang menjadi tular dan terkenal ketika pusingan akhir Piala Eropah 2016.

Chant “Will Grigg’s on fire!” ini berakar umbi dari seorang peminat Wigan Athletic iaitu Sean Kennedy yang mencipta lagu sorak ini.

Lagu sorak ini dicipta kerana ketajaman Grigg di depan gol dan berjaya membantu Wigan Athletic ke English Championship.

Chant ini dipakai oleh penyokong Ireland Utara pada Piala Eropah 2016, sayangnya Grigg tak bermain langsung di kejohanan tersebut.

Yaya Toure & Kolo Toure

Chant memang tidak asing lagi dalam bola sepak. Ianya bermula apabila ketika Yaya Toure sudah mula menambat hati para peminat Manchester City.

Pada mulanya, rentak chant ini pada mulanya mirip chant dari peminat Arsenal untuk Olivier Giroud seperti yang kami ceritakan di awal artikel.

Namun selepas itu, penyokong Manchester City menggabungkan nama Kolo dan Yaya di dalam satu lagu. Dan terjadilah chant ini seperti yang kita dengar sekarang.

Safee Sali

Safee Sali pernah mempunyai lagu sorak yang ditujukan khas untuk beliau.

Persembahan beliau ketika Piala AFF 2010 serta karier beliau yang cemerlang di Indonesia telah membuatkan ramai rakyat Malaysia gembira dengan beliau.

Ketika perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Ultras Malaya telah mencipta satu chant khas untuk beliau.

Amri Yahyah

Pemain yang pernah menabur bakti hampir 10 tahun bersama Selangor ternyata telah memberikan banyak kenangan kepada peminat Red Giants.

Maka, tidak hairanlah Ultrasel (Ultras Selangor) pernah mencipta satu sorakan untuk beliau.

Chant yang diberikan kepada Amri cukup bersesuaian dengan kesetiaan beliau kepada Selangor, bait lirik “merah kuning memang warnanya” cukup menggambarkan betapa lamanya beliau bersama dengan Selangor

Namun kini Amri sudah tidak lagi bersama Selangor dan chant ini sudah tidak relevan lagi untuk dilaungkan.

Baca juga: 10 Pasukan Yang Memasang Lagu Bola Selepas Pasukan Mereka Menjaringkan Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN