Previu EPL Boxing Day: Sistem Manchester United Semakin Stabil

Mourinho menjerit dan tidak teragak-agak menengking Marcus Rojo yang ada di depan matanya ketika perlawanan menentang Spurs.

Apa yang jelas, beliau sangat perlukan 3 mata itu dipertahankan.Mereka perlu keluar dari badi seri itu sekarang. Mereka perlu mulai menang sekarang!

Sebaliknya Rojo agak ofensif dan berkali-kali memeberikan Moussa Sissoko ruang. United akhirnya mengakhiri rekod tanpa kemenangan di Old Trafford. Ia adalah isu sistem Manchester United di dalam padang.

5 perlawanan EPL di Old Trafford adalah berakhir dengan seri. Kali terakhir mereka menang sebelum itu adalah pada September menang 4-1 ke atas Leicester.

Selepas kemenangan ke atas Spurs, United meneruskan rentak kemenangan kepada 3 perlawanan berturut-turut. Ia adalah pertama kali Mourinho menang 2 perlawanan berturut-turut dan kemudianya pertama kali menang 3 perlawanan berturut-turut.

Adakah United sudah menemui formula terbaik musim ini?

Saya harus katakan, ia semakin hampir. Namun asas utama kebangkitan mereka adalah sistem sokongan penyerang mereka dan juga peranan yang dimainkan Michael Carrick.

Dari segi sokongan kepada serangan, sebelum ini United terlalu bergantung kepada sistem hantaran bola silang kepada Zlatan Ibrahimovic.

Namun, mereka sudah menemui formula berkesan dengan adanya pemain seperti Henrik Mkhitaryan yang menemui gol EPL pertama beliau.

Mkhitaryan seakan-akan berjaya mengeluarkan United daripada kebergantungan kepada Ibrahimovic. Sayangnya, Mkhirtaryan terpaksa disisihkan kerana tergeliat buku lali.

Namun sistem mereka dikekalkan dengan berkesan. Di tengah Paul Pogba diberikan lesen lebih baik untuk fokus kepada serangan dan membantu di half space sebelah kanan.

Michael Carrick dan Ander Hererra adalah 2 pemain berbeza gaya permainan namun mereka efektif dalam aspek bertahan dan menghancurkan gerakan lawan.

Cuma masalah United adalah di sebelah sayap kiri. Apa dah jadi dengan Antonio Martial yang musim lalu sangat cemerlang musim lalu dalam peranan tersebut.

Musim ini Mourinho banyak menggunakan pemain no.9 tulen, Marcus Rashford untuk peranan itu. Rashford ada kelajuan dan tidak tamak mungkin itu yang membuatkan beliau dipilih oleh Mourinho untuk peranan itu.

Dari segi kualiti hantaran, tidak banyak yang boleh diceritakan tentang pemain ini.

Hari ini mereka akan menentang Sunderland dalam boxing day. Pundit kerap melabel Boxing Day adalah hari di mana semua pasukan adalah pilihan.

Aspek external seperti pengaruh keletihan dan mungkin pemain berparti secara senyap-senyap juga boleh mempengaruhi aksi mereka di dalam padang.

Lawan mereka hari ini dikendalikan oleh bekas pengurus mereka yang dalam 2-3 minggu ini banyak bercerita tentang sebab kegagalan beliau di Old Trafford.

Moyes merasakan United tidak memberikan beliau sokongan yang terbaik dari segi masa, dana dan banyak lagi. Ia menjadi sebab kenapa Moyes tidak mampu menjadi pengurus terbaik mereka.

Jadi, mungkin ada sedikit rasa mahu merosakkan mood Krismas oleh Moyes di Old Trafford pada hari ini.

Sebelum Wisel

Mourinho pastinya mahu mereka mengekalkan kecermelangan dalam sistem 4-3-3. Kehilangan Mkhitaryan pastinya memberikan opsyen kepada Rooney ataupun Mata untuk peranan tersebut. Atau mungkin Memphis Depay?

Mereka jelas lebih baik dari segi karakter di dalam padang. Semangat untuk menang dan juga lebih tajam ketika menyerang.

Namun kami tetap menggariskan isu defensif yang kerap terlalu mudah hilang fokus. Kemasukan semula Eric Bailly pastinya melegakan Mourinho kerana ia boleh membantu sistem Manchester United.

Ini tugasan agak sukar untuk Sunderland, namun ia bukanlah mustahil kerana ia boxing day.Jadi, adakah United mampu untuk meneruskan rentak kemenangan kepada 4 perlawanan berturut-turut?

Baca juga : Kenapa Supercoppa Italiana Selalu Dilangsungkan Di Luar Negara?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN