Sejak 1996, Piala AFF ini sudah menjadi antara kejohanan yang menjadi tumpuan terutamanya di Asia Tenggara setiap kali berlangsung.
Untuk pengetahuan anda, sehingga edisi 2002 yang berlangsung di Indonesia dan Singapura. Perlawanan akhir Piala AFF dilangsung secara one-off atau sekali sahaja.
Sejak edisi 2004 hinggalah sekarang, perlawanan akhir diadakan secara timbal balik dengan 2 finalis akan bermain 2 kali ditempat sendiri dan juga di tempat lawan.
Tapi tahukah anda? Perlawanan akhir yang dilangsungkan secara timbal balik ini telah menghasilkan 1 satu yang pernah terkena pada beberapa pasukan termasuk pasukan Malaysia?
Apa badinya? Badinya adalah jika pasukan tersebut bermain sebagai pelawat di perlawanan akhir yang pertama, mereka pasti akan kalah.
Pasti ramai yang tidak sedar bukan? Percaya atau tidak, sudah 3 pasukan tewas di perlawanan akhir Piala AFF apabila mereka menjadi pelawat di pertama.
Siapakah pasukan-pasukan tersebut? Kami akan ceritakan di bawah.
Singapura vs Thailand (Piala AFF 2007)
Thailand merupakan mangsa pertama kepada badi yang kami ceritakan pada pembukaan artikel ini.
Mereka yang ketika itu sudah mempunyai 3 gelaran Piala AFF yang dimenangi ketika edisi 1996, 2000 dan 2002.
Dan pada edisi 2007 ini, mereka cuba mencari gelaran ke-4 mereka untuk kejohana di rantau ASEAN ini.
Bertemu Singapura di Stadium Nasional dekat Kallang, mereka bagaimana pun tewas 2-1 di perlawanan pertama Mustafic Fahrudin berjaya menjaringkan gol minit akhir kemenangan buat tuan rumah.
Thailand dijangka dapat mengubah nasib mereka apabila perlawanan akhir kedua dilangsungkan di Bangkok, namun apakan daya mereka tidak berjaya untuk mengubah nasib mereka.
Pipat Thonkanya berjaya meletakkan Thailand di depan sebelum Khairul Amri menjaringkan gol penyamaan di minit-minit terakhir permainan untuk mematahkan hati ribuan rakyat Thailand ketika itu.
Malaysia vs Indonesia (Piala AFF 2010)
Skuad negara tidak diletakkan sebarang harapan ketika kejohanan edisi 2010, apatah lagi skuad negara ketika itu diratah 5-1 oleh Indonesia di perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.
Bertemu Indonesia sekali lagi di perlawanan akhir, ada yang menjangkakan skuad negara akan menerima nasib yang sama di seperti kedua-dua pasukan bertemu di perlawanan pembukaan.
Namun tanggapan itu silap, Malaysia berjaya memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur dengan jaringan selesa 3-0.
Kembali semula ke Gelora Bung Karno dimana terdapat ribuan penyokong Indonesia yang cukup fanatik, pasti satu tugas yang sukar untuk skuad negara.
Namun rembatan deras Safee Sali telah membunuh cabaran pasukan Indonesia. Walaupun pasukan negara bolos 2 gol ketika itu, ia tetap tidak dapat menghalang pasukan Indonesia dari menyekat pasukan negara untuk menjadi juara.
https://www.youtube.com/watch?v=TICcaX_FDWg
Singapura vs Thailand (Piala AFF 2012)
Thailand sekali lagi menjadi mangsa kepada badi ini pada edisi 2012, kali ini ditangan musuh yang sama – Singapura.
Thailand tewas 3-1 kepada Singapura pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar. Secara matematiknya, mereka memerlukan 2 gol untuk menang dengan kiraan gol di tempat lawan.
Di Bangkok, Thailand menyerang ke kubu Singapura dengan serang bertubi-tubi ke gawang mereka.
Mereka berjaya memperoleh 1 gol, dan mereka terus mencari dan mencari gol kedua namun gol kedua yang dinanti tidak kunjung tiba.
Tamat permainan, Singapura berjaya muncul juara dan menjulang piala di Bangkok.
Thailand vs Malaysia (Piala AFF 2014)
Jika pada edisi 2010, pasukan negara yang memberikan badi kepada pasukan Indonesia. Namun pada edisi 2014, Malaysia pula yang menjadi mangsa.
Pasukan negara ternyata bukan tandingan Thailand apabila mereka berjaya menundukkan pasukan negara di Bangkok dengan keputusan 2-0.
Pasukan negara yang ketika itu tidak diramal akan mara sehingga ke perlawanan akhir, menunjukkan tindak balas positif ketika perlawanan kedua di Kuala Lumpur.
Pasukan negara berjaya memperoleh pendahuluan 3-0 ketika di Kuala Lumpur, dan hampir pasti berjaya memenangi perlawanan akhir tersebut.
Namun apakan daya, pasukan negara bolos di babak terakhir permainan dan seterusnya memberikan kemenangan buat Thailand secara aggregat 4-3.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, hanya 2 daripada 6 perlawanan akhir Piala AFF berjaya dimenangi oleh pasukan yang menjadi pasukan pelawat di perlawanan akhir yang pertama.
Keajaiban itu dilakukan oleh Vietnam pada edisi 2008, apabila berjaya memenanginya menewaskan Thailand di perlawanan akhir.
Selain Vietnam, Thailand berjaya mengelak badi ini daripada terkena kepada mereka pada 2016.
Mereka tewas pada perlawnanan akhir pertama menentang Indonesia di Jakarta sebelum berjaya mengalahkan skuad Garuda pada aksi kedua di Bangkok.
Dengan pasukan kebangsaan bakal beraksi di laman sendiri menentang Vietnam terlebih dahulu, kami berharap badi ini akan menghantui pasukan pelawat dalam aksi akhir ini.
Semoga tuah memihak kepada pasukan Malaysia.