Selain dari J-League di Jepun, K-League Classic dan Thai League. Liga Australia atau A-League sering mendapat perhatian di negara kita.
Barangkali kerana terdapat pemain-pemain yang berasal dari liga tersebut datang ke liga Malaysia, ia menyebabkan liga tersebut dikenali oleh rakyat Malaysia.
Tempoh hari kami mendapat pertanyaan di laman Instagram kami mengenai, kenapa pasukan di A-League terlalu sedikit?
Semuanya kami terangkan secara ringkas dalam artikel ini.
Evolusi
Ya, memang pasukan di A-League sedikit. Mereka cuma ada 10 pasukan sahaja berbanding jumlah pasukan di Liga Super iaitu 12 pasukan.
Hal ini kerana, A-League merupakan liga baharu yang ditubuhkan pada 2004 iaitu tahun yang sama Liga Super di negara kita diwujudkan.
A-League ditubuhkan selepas kejatuhan liga tradisional bola sepak Australia iaitu National Soccer League (NSL) yang dimainkan sejak 1977.
NSL merupakan liga bola sepak Australia yang mempunyai 42 pasukan di dalamnya. Ia menjadi nadi kepada pembangunan bola sepak di Australia sehingga awal 2000-an.
Pada awal 2000-an, NSL menjadi goyah kerana beberapa perkara:
- Penghijrahan kebanyakan pemain Australia ke liga luar
- Kegagalan perjanjian siaran langsung dengan saluran televisyen tempatan
- Kekurangan penajaan dari penaja-penaja
- Pembatalan hak Australia sebagai tuan FIFA Club World Championship pada 2001
Bermula semula
A-League diumumkan bakal menjadi liga bola sepak di Australia pada 2004. Musim bola sepak mereka bakal dimulakan dengan musim sulung pada 2005.
Ketika itu, pihak penganjur hanya membuka 8 tempat sahaja untuk pasukan-pasukan di Australia memasuki liga tersebut. Dan setiap 8 tempat tersebut diisi dengan pasukan dari 8 bandar yang berbeza.
Dalam bahasa mudahnya, A-League menggunakan polisi “satu bandar, satu pasukan” ketika itu.
Hal inilah yang menjadi punca mengapa A-League hanya mempunyai bilangan pasukan yang sedikit sahaja.
8 pasukan yang menyertai A-League di musim sulungannya adalah:
- Adelaide United – bandar Adelaide
- Melbourne Victory -bandar Melbourne
- Central Coast Mariners – bandar Central Coast
- Newcastle Jets – bandar Newcastle
- New Zealand Knights – wakil dari New Zealand
- Perth Glory – bandar Perth
- Queensland Roar (berevolusi menjadi Brisbane Roar) – bandar Queensland
- Sydney FC – bandar Sydney
Namun begitu, A-League semakin berkembang dengan beberapa lagi pasukan menyertai liga tersebut seperti Wellington Phoenix, Melbourne City dan Western Sydney Wanderers.
Namun begitu, kehadiran pasukan-pasukan tersebut dibayangi dengan pemergian beberapa pasukan seperti New Zealand Knights yang digantikan dengan Wellington Phoenix.
Selain itu, pasukan seperti Melbourne Heart dan North Queensland Fury tidak berjaya untuk bermain walau 1 perlawanan pun di A-League. Hal ini kerana, lesen mereka telah ditarik balik sebelum mereka sempat beraksi.
Kecil tetapi besar
A-League merupakan liga yang lazimnya dilangsungkan bermula dari Oktober hingga ke April tahun berikutnya.
Fasa pertama A-League adalah proses setiap pasukan perlu bermain 27 perlawanan sesama pasukan yang lain di dalam liga.
Fasa kedua kejohanan adalah apabila pasukan-pasukan memasuki fasa playoff. Untuk peringkat ini, hanya 6 pasukan terbaik dalam kedudukan akhir pusingan fasa pertama layak untuk ke fasa playoff untuk merebut hadiah utama.
Dalam konteks bola sepak Australia, juara kepada fasa pertama atau liga dikenali sebagai ‘juara perdana’. Manakala pemenang bagi playoff pula dikenali sebagai ‘juara utama’.
Walaupun pemenang playoff lebih dianggap sebagai juara sebenar di Australia. Namun tidak bagi pihak AFC.
Pihak AFC hanya memberikan tempat automatik di AFC Champions League buat ‘juara perdana’ sahaja. Namun bagi ‘juara utama’, mereka perlu memasuki peringkat kelayakan untuk ke peringkat kumpulan AFC Champions League.
Di Australia, mereka tidak mempunyai divisyen bawahan dalam piramid bola sepak mereka. Dalam masa yang sama, A-League juga tidak ada sistem penyingkiran dan promosi – sama seperti Major League Soccer di Amerika Syarikat.
Namun begitu, di Autsralia terdapat kejohanan piala nasional yang dikenali sebagai FFA Cup serta kejohanan pra-musim iaitu A-League Pre Season Challenge.
Seperti di kebanyakan negara, A-League juga mempunyai liga untuk pembangunan pemain muda. Kesemua pasukan-pasukan di A-League beraksi di National Youth League.
Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!
[adrotate banner=”27″]
Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.
Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?
Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!
Baca juga: Nutmeg, Bagaimana 6 Bahasa Berbeza Menyebutnya