Nutmeg, Bagaimana 6 Bahasa Berbeza Menyebutnya

Nutmeg adalah satu skil yang melorongkan bola di celah kalangkang. Berikut adalah cara bagaimana cara ia disebut di beberapa buah negara.

1. Bahasa Inggeris

Nutmeg

Ia adalah bahasa yang paling kerap kita dengar dan sudah terlalu universal digunakan oleh pengulas-pengulas berbahasa Inggeris.

‘Being nutemegged’ ataupun translasi langsung ‘di-nutmeg’ antara yang kerapkali disebut setiap kali ada pemain di padang terkena nutmeg.

Mungkin juga ia kerana sejenis buah disebut nutmeg ni yang kerap merekah seperti di bawah

Namun Sean Ingle dari The Guardian menyatakan, perkataan Nutmeg ini sudah lama menjadi simbol kepada orang yang terkena akibat prank dan gurauan.

Ia bahasa yang sudah digunakan sejak 1870-an lagi. Peter Sheldon dalam buku beliau Football Talk – The Language And Folklore Of The World’s Greatest Game, menerangkan:

Istilah nutmeg muncul dalam tahun 1870-an yang pada zaman orang Inggeris menggunakan slanga Victoria. Ia merujuk kepada maksud seseorng yang ditipu atau tertipu dengan cara yang boleh menyebabkan mangsa kelihatan bodoh.

2. Bahasa Iceland

Klobbi

Ia nampak lebih sederhana bukan. Hanya Klobbi. Seperti nama seekor kucing pun ada. Klobbi merujuk kepada maksud kelangkang. Ramai juga di Ireland hanya membahasakan ia sebagai klof sahaja.

3. Bahasa Perancis

Petit pont

Petit pont bermaksud, jambatan kecil. Nampaknya orang Perancis selain daripada dikenali dengan romantisme, mereka juga sangat architectural.

Mereka mengibaratkan anda sedang membuka jambatan kecil untuk bola lalu ke sebelah sana.

4. Bahasa Hungary

Kötény

Kötény bermaksud apron. Ia merujuk kepada, sesiapa sahaja yang terkena penangan nutmeg ini haruslah main pakai apron untuk elakkan diri terkena lagi.

Semakin banyak kena nutmeg semakin banyaklah koleksi apron anda. Pada akhir perlawanan kawan-kawan akan berkata:

“Wah ada 5 kötény kau dapat hari ini.”

5. Bahasa Austria-Jerman

Gurkerl

Berdasarkan makna gurkerl, ia merujuk kepada timun kecil. Mungkin sebab tu si Danial lawak solo suka menggunakan kepala timun dalam lawak dia.

Namun ada juga menyatakan di satu kawasan sempadan Austria-Jerman, gurkerl adalah merujuk kepada terowong (tunnel). Istilah ini mungkin lebih tepat menggambarkan nutmeg.

6. Bahasa Malaysia

Ole

Versi awal adalah 50sen ataupun seringgit, sebab dahulu duit seringgit ada dalam bentuk syiling. Ia ibarat lubang pada tabung yang dimasukkan duit syiling. Otai mungkin masih berpegang kepada istilah ini.

Namun selepas itu, istilah ini dibahasakan ia sebagai ‘Ole’. Kami berpendapat bahasa ‘ole’ untuk merujuk kepada nutmeg ini kerana iklan Nike pada 2004 bertajuk ‘Ole’.

Dalam iklan ini, pemain-pemain Portugal dan Brazil saling menyakat sesama mereka dengan nutmeg sambil menyebut ole setiap kali ada yang terkena. Ia dimulakan Luiz Figo.

Ole adalah satu bahasa universal dalam bola sepak yang dipercayai dari Eropah yang merujuk kepada ‘Yayyy! Berjaya’. Ia adalah pengiktirafan untuk kejayaan dalam bola sepak.

Apapun, perkataan ole sudah terlalu dekat di bibir peminat dan pemain bola sepak mahupun futsal di negara kita. Jadi, apa salahnya kita anggap ia cara kita menyebut nutmeg dengan cara orang Malaysia.

Jadi, apa sahaja bahasa tentang nutmeg ataupun ole ini, ia tetap menjurus kepada rasa malu bila terkena! Adakah anda lebih kepada mangsa ataupun pemangsa?

Baca juga :Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 15

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN