Dituduh Menipu Cukai, Ronaldo Muat Naik Butiran Pendapatan Di Laman Sesawang

Syarikat pengurusan Cristiano Ronaldo, Gestifute, telah mengeluarkan butiran pendapatan bintang Portugal itu bagi tahun kewangan terakhir di laman sesawang.

Tindakan Gestifude ini mungkin atas kehendak Cristiano Ronaldo yang mahu membersihkan nama beliau daripada terpalit kontroversi cukai.

Ia sebagai respon kepada pihak berkuasa cukai Sepanyol yang mendakwa Ronaldo disyaki menyembunyikan sejumlah wang cukai yang seharusnya menjadi milik kerajaan Sepanyol bernilai €150 juta.

Majalah sukan Jerman, Der Spiegel melaporkan duit tersebut telah disembunyikan di Switzerland dan Virgin Island.

Gestifude turut menghantar mesej kepada Agencia Estatal de Administración Tributaria agar jangan segan silu bertanya apa sahaja maklumat tentang pendapatan Ronaldo.

Respon Ronaldo Dan Gestifude

Mereka sentiasa bersedia untuk menyerahkan apa sahaja maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh lembaga cukai Sepanyol itu termasuk melaraskan semula jika perlu.

Dokumen yang dikeluarkan dalam talian menunjukkan bahawa kapten Portugis itu menjana pendapatan sebanyak €227,300,000 pada tahun kewangan terakhir yang beliau 2015. Wow!

Pecahan €23,500,000 pendapatan beliau telah dijana Sepanyol. Manakala selebihnya lagi sekitar €223 juta lagi adalah hasil yang beliau perolehi di luar Sepanyol. Jumlah itu adalah tidak berhak dicukai oleh kerajaan Sepanyol.

Gestifude yang juga ditadbir oleh bos Ronaldo iaitu Jorge Mendes, turut menayangkan borang digital ‘Model 720’ yang jelas menunjukkan pengistytiharan cukai oleh Ronaldo.

Sebelum ini agensi cukai Sepanyol mendakwa mereka tidak mendapat jumlah yang jelas tentang beberapa butiran yang diberikan pihak Ronaldo. Gestifude memberikan respon :

“Dokumen ini mengesahkan bahawa Agensi Cukai Sepanyol telah mengetahui tentang semua aset dan pendapatan Cristiano Ronaldo.”

“Mulai sekarang, beliau (Ronaldo) tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara ini,”

“Seperti yang dilaporkan dalam beberapa hari yang lalu, pemain ini sentiasa sedar akan kewajiban beliau membayar cukai dengan segera.”

“Beliau melakukannya sejak dari awal kerjaya profesional beliau di semua negara yang beliau tinggal untuk bekerja.

“Beliau tidak ada masalah dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dengan mana-mana pihak berkuasa cukai daripada mana-mana negara. ”

“Dokumen bukti ini adalah cara kami memberitahu pihak berkuasa cukai bahawa kami sentiasa transparen dengan apa sahaja maklumat yang mereka perlukan.”

Ronaldo Bersih!

Beberapa hari selepas kenyataan kontroversi itu dibuat, Ronaldo enggan bercakap tentang isu ini. Tetapi selepas perlawanan Real Madrid menentang Borussia Dortmund di Santiago Bernabeu Ronaldo berkata kepada TVStation Portugis.

“Anda rasa saya sedang takut? Orang yang tidak berhutang apa-apa tidak akan pernah rasa takut,”katanya.

Real Madrid turut menyokong tindakan Ronaldo dan ejen beliau dengan kenyataan:

“Berkenaan cerita yang disiarkan beberapa hari baru-baru ini di mana Agensi cukai Sepanyol mengesahkan bahawa pemain kami Cristiano Ronaldo telah membayar cukai beliau mengikut tarikh yang ditetapkan.”

“Real Madrid sangat berbesar hati dan meghormati sikap bertanggungjawab (membayar cukai) yang ditunjukkan oleh Cristiano Ronaldo. Komitmen beliau benar-benar sepanjang beliau di sini telah menjadi teladan kepada semua.”

Baca juga : Sorok Wang Di Akaun Rahsia, Cristiano Ronaldo ‘Kantoi’ Tak Bayar Cukai

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN