Analisis Taktikal Bundesliga 2016/17: Bolasepak Bertenaga Dortmund Tewaskan Bayern

Carlo Ancelotti pastinya berada dalam tekanan yang lebih tinggi berbanding dengan Thomas Tuchel dalam perlawanan ini. Mereka perlu menang untuk memintas Leipzig di kedudukan teratas liga.

Permulaan

Borrusia Dortmund (BvB) bermula dengan sistem bek bertiga dalam formasi 3-1-4-2. Ramos dan Aubameyang bermain sebagai penyerang berkembar.

Bayern Munich pula turun dengan formasoi 4-3-3 dengan gandingan Muller-Lewandowski-Ribery di serangan bertiga paling atas.

Analisis

BvB Bermula Dengan Bertenaga Dan Fleksibel

Sesuau yang jelas adalah kepantasan dan kelajuan (pace) yang ada pada Dortmund. Ia memang menjadi nadi utama mereka pada musim ini.

BvB memanipulasi segala ruang yang ada dengan kelajuan mereka. Bayern Munich jelas kehilangan cengkaman di bahagian tengah dengan Xabi Alonso sukar memberikan perlindungan di zon 14 kerana corak serangan BvB yang segera mengisi (overloading) ruang tersebut.

Daripada 3-1-4-2 mereka berkembang kepada 3-1-5-1 dan 3-1-3-1-2. Fleksibiliti ini bergantung kepada Gotze, Schurle dan Aubameyang.

b3

Mario Gotze sangat aktif bertukar peranan. Beliau menjadi no.10 dan kadangkala akan menjadi penyerang ke-3 kerana kemampuan beliau sebagai false 9.

bvb7

Antara plaform yang paling sukar dihapuskan Bayern ialah 3-4-1-2 dengan Weigl menyertai Schurrle di center circle dan Gotze masuk ke zon 14 untuk menjadi outlet kepada 2 penyerang di hadapan.

gotze

Dalam 3-1-3-3 mereka boleh membentuk 3-1-2-4 atau 3-2-5/3-2-2-3 dengan penyertaan bek sayap ke garisan paling tinggi. Fleksibiliti dan kepantasan ini yang memberikan masalah kepada Bayern.

Di bawah ini anda melihat bagaimana 3-2-2-3 membentuk rantaian berlima (chain of 5) di bahagian pertahana dengan 2 pemain menjadi pivot. Ia melindungi zon 14 dan half-space dengan segera.

b2

Kelemahan Pertahanan Bayern Munich

Pada separuh masa pertama, Bayern Munich ada masalah dalam sistem tekanan (pressing) mereka. Mereka hampir pasif ketika mematikan ancaman.

Tidak mematikan ancaman lebih awal kerana tekanan yang sangat sederhana dan rendah. Ia membuatkan mereka pada beberapa fasa bermain dalam sistem pertahanan yang terlalu ke bawah (too deep).

Dari segi kawalan pemain, mereka juga agak lemah terutama pada separuh masa pertama. Terlalu mudah untuk pemain BvB menerima bola di dalam kotak penalti.

Zonal marking Bayern juga dimanipulasi oleh sistem BvB yang cuba menarik keluar bek tengah mereka dengan menggunakan Mario Gotze.

bvb6

Gol pertama BvB, berlaku apabila Gotze menarik Hummels keluar. Aubameyang bijak mencipta ruang di belakang Hummels. Ia adalah kerana sistem dan gerakan mereka membuatkan hal ini berlaku.

Seterusnya adalah tindakan Gotze yang melakukan hantaran pada masa yang terbaik. Bayern Munich pula tidak ada animasi yang kuat di bahagian pertahanan untuk mengekang fluiditi ini.

bv1

Ini pula ketika Schurrle berada di dalam kotak penalti. Pertahanan Bayern gagal untuk mengeluarkan bola dan memberikan tekanan kepada beliau.

sc

Perubahan Lebih Positif Bayern Pada Separuh Masa Ke-2

Bayern Munich beraksi lebih baik pada separuh masa kedua. Mereka mulai menaikkan garisan pertahanan untuk lebih tinggi.

Ini untuk memberikan sokongan yang lebih kepada organisasi front 6 pasukan mereka. Mereka lebih agresif mematikan ancaman lebih awal.

Ia pendekatan agak berisiko dengan mengambil kira kepantasan yang ada pada BvB untuk menewaskan garisan pertahanan mereka.

Ini adalah contoh pressing mereka pada separuh masa kedua yang lebih kuat berbanding separuh masa pertama. Jelas ia lebih baik.

baypressing

Masih ada beberapa aksi ball watching mereka ketika bertahan namun Manuel Neuer beraksi cemerlang di belakang gol.

Ancelotti kemudian memasukkan Douglas Costa untuk bermain 4-4-2/4-4-1-1 menolak Thomas Muller ke atas. Ia adalah untuk membekalkan lebih banyak servis kepada penyerang.

Pada separuh masa pertama, Lewandowski tidak mendapat servis yang cukup dan beliau banyak mencari bola dan menggerakkannya sendiri.

Ini adalah contoh bagaimana Bayern menggunakan 4-4-2 untuk memecahkan struktur 5-3-2 BvB.

532

Thomas Tuchel jelas lebih defensif pada separuh masa kedua terutama sekali untuk 15 minit terakhir perlawanan. BvB mengekalkan 5-3-2 mereka dengan disiplin.

532

Penilaian

Ia adalah perlawanan yang berasaskan pace ataupun kepantasan oleh Dortmund. Mereka berjaya mendapat gol awal dalam perlawanan ini.

Bayern Munich pula masih dihantui prestasi tidak menentu pemain-pemain utama mereka terutama sekali Ribery dan Muller yang sebelum ini memang banyak diberikan kritikan.

Ribery jelas tidak berada dalam prestasi terbaik dan terlalu banyak sentuhan pada separuh masa pertama yang membolehkan Dortmund reshape dan regroup.

Pertukaran formasi dan pendekatan taktikal pada separuh masa kedua oleh Bayern lebih positif namun BvB lebih selesa dengan pendekatan lebih defensif dan cuba membunuh garisan pertahanan tinggi Bayern.

Pemain Terbaik (MOTM)

Mario Gotze (BvB)

Ia pemilihan yang agak sukar kerana Aubameyang juga beraksi sangat baik. Namun Gotze adalah pemain penting dalam mencipta gol pertama Bayern dan sangat baik dalam manipuasi ruang.

Statistik

stats

Baca juga : Eder Enggan Dilabel Tumpul Sebaliknya Berkata Jerman Pasukan Yang Paling Bertaktikal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN