KBS Sediakan Tayangan Skrin Besar bagi Perlawanan Malaysia lwn Chinese Taipei

Penyokong Harimau Malaya yang tidak berkesempatan menyokong skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Selasa ini boleh berbuat demikian di 14 lokasi acara Tayangan Skrin Besar seluruh negara.

Malaysia dijadualkan melayan kunjungan Chinese Taipei dalam perlawanan terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. Dalam perlawanan ini, skuad negara perlu menang dengan jaringan besar sambil perlu mengharapkan Oman melakukan perkara sama menentang Republik Kyrgyz di Muscat.

Susulan keputusan seri 1-1 dengan Republik Kyrgyz baru-baru ini, Harimau Malaya kini berada di tangga ketiga Kumpulan D dengan 7 mata. Republik Kyrgyz di tangga kedua dengan 10 mata manakala Oman gah mendahului kumpulan dengan 12 mata.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mendapat kelayakan automatik ke Piala Asia 2027. Dua pasukan selebihnya akan tersingkir daripada kelayakan Piala Dunia 2026, tetapi perlu berentap pula dalam pusingan ketiga untuk layak ke saingan Piala Asia 2027.

Berbekal azimat pantang berundur sebelum berjuang, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan 14 lokasi Tayangan Skrin Besar perlawanan genting ini di seluruh negara.

Masuk adalah percuma. JBSN ingin mengingatkan semua penyokong yang merancang untuk hadir ke salah satu daripada 14 lokasi Tayangan Skrin Besar ini supaya:

  1. Merujuk lokasi Tayangan Skrin Besar di laman sosial rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negara (@JBSNegara) di Facebook, Instagram dan X.
  2. Boleh membawa kerusi, tikar, makanan dan minuman sendiri untuk keselesaan semasa menonton tertakluk kepada kesesuaian lokasi.
  3. Menjaga kebersihan dan digalakkan membawa plastik sampah sendiri dari rumah.
  4. Tidak menghisap rokok, rokok elektronik, vape dan seumpamanya di semua lokasi.

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk hadir beramai-ramai bersama kawan dan keluarga untuk merasai bahang kemeriahan berdiri sebagai pemain ke-12. Selamanya Harimau Malaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN