“Takde Scam Untuk Team” – Penyokong Terengganu Pertahan XFOX Taja Sang Penyu

Kontroversi membabitkan Terengganu yang dikatakan mendapat tajaan daripada salah satu syarikat meragukan di Malaysia kini terus menjadi pertikaian ramai peminat bola sepak di media sosial.

Terdahulu Sang Penyu sah mendapat suntikan kewangan baharu untuk perjalanan mereka ke saingan Asean championship Shopee Cup yang akan berlangsung tidak lama lagi sebanyak RM1.5 juta.

Namun, laman PW Community menganggap Terengganu telah membuat kesilapan besar kerana menerima tajaan daripada syarikat XFOX yang sebelum ini berada dalam status sangat diragui menerusi skim perjalanan mereka untuk menghasilkan keuntungan.

Malah, BNM juga telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai syarikat tersebut yang dikatakan tidak lulus sebagai panduan kepada orang ramai.

“Bank telah mengemas kini senarai Makluman Pengguna Kewangan. Senarai tersebut terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

“Sila ambil perhatian bahawa senarai tersebut tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM,” jelas kenyataan tersebut.

Salah seorang penyokong Terengganu di Facebook bernama Radhie Abdullah Din tampol mempertahankan XFOX yang dianggao tidak menipu tentang tajaan kepada Sang Penyu.

Jelas beliau, Sang Penyu telah pun mendapat tajaan kewangan sebanyak RM1.5 juta ke dalam akaun mereka dan membandingkan penaja-penaja lalu masih berhutang kepada Terengganu.

Malah, beliau turut menyatakan Terengganu turut mendapat manfaat terbaik hasil tajaan dan kerjasama dilakukan dengan syarikat tersebut.

“Duit RM1.5m solid dah dapat dan dah masuk dalam account untuk bantu pasukan dlm kejohanan Asean Championship. Takde scam utk team. Bukan macam penaja2 lain yang masih berhutang dengan pasukan kita since season lepas.

“XFOX langgor undang-undang? dipersilakan pihak berkuasa buat siasatan. Kalau terbukti saloh, dipersilakan hukum. TFC jangan masuk campur. Kontrak kena clear.

“TFC boleh fully utilise physical business XFOX yang terpacak dekat Subang Bestari tu. 4 padang bolasepak & ongoing construction 17 badminton courts

“Karnival Silat Kebangsaan tahun lepas pun XFOX salah satu penaja dan tak dok pulok napok masaloh

“So bagi aku sebagai pemerhati yang memahami denyut nadi pasukan secara dekat ni, tak perlu lah nok sibuk g cara hal dapur umoh orang bedooh lalu.

“As long as kebajikan TFC terpelihara, pihak penaja dalam jalan perniagaan sah mereka, gohek je lah. Dok payoh nok cokeh bagi luka benda dok sepatutnya.

“Kalau penaja2 lain ada nok masuk TFC jugok pun saya amat alu-alu kan utk bersama. Meh sini aku buat kira cara, kalau suruh management TFC buat kang kata ada unsur2 lain. Semua nok kait dgn politic. Serabut ah aku.

“Lacor ACC Shoppee Cup! Lawan BG Pathum kekgi 1000 jiwa wajib hadir di Bangkok!! Jangan sembang nok itu ini je kencang di media social!” terang beliau di Facebook.

Walaupun begitu, segelintir penyokong lain masih kurang senang dengan tajaan tersebut dan menyifatkan ia mampu mencemarkan nama baik bola sepak Terengganu serta Malaysia kerana mempromosikan syarikat itu.

Pandangan anda pula bagaimana?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN