Hijau Kuning FC Jalin Hubungan Strategik Bersama LaLiga

Akademi bola sepak Hijau Kuning FC (HKFC) yang berpangkalan di Kedah, dilaporkan kini sedang berada di Sepanyol dan telah pun mencipta hubungan strategik antarabangsa bersama LaLiga di Sepanyol.

Ianya diumumkan sendiri melalui LALIGA Corporativo di media sosial X dengan menyatakan mereka telah menerima satu delegasi daripada kelab di Malaysia, HKFC.

Delegasi itu menyaksikan presiden akademi itu sendiri hadir di sana, Muhammad Talhah Zainol bersama barisan pengurusan lain termasuk bekas pemain legenda Sang Kenari Rafdi Rashid.

Sepanjang berada di Sepanyol, kejurulatihan HKFC bakal menyertai bengkel yang dianjurkan oleh LaLiga sambil beberapa lawatan bakal dibuat membabitkan kelab tempatan di sana dengan tujuan pembelajaran serta kerjasama lain.

Kelab bakal dilawat oleh wakil HKFC ialah Atletico Madrid, Getafe CF, Real Valladolid, termasuk Stadium Santiago Bernabeu, dan menghadiri perlawanan LALIGA EA SPORTS antara Getafe CF dan RCD Mallorca.

Lebih menarik, HKFC berpeluang untuk melawat pusat LALIGA & NBA di mana Akademi LaLiga membangunkan projek akar umbi di Sepanyol.

Lawatan ini juga menyaksikan ia sebagai bentuk perjanjian sudah dibuat sejak tahun 2022 lalu membabitkan kedua organisasi tersebut untuk pembangunan akar umbi dalam kalangan anak muda berpotensi besar.

Untuk rekod, HKFC telah pun menjalinkan kerjasama bersama kelab tempatan di sana iaitu CD Leganes pada tahun lalu dengan program latihan telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan diberi nama Football Campo.

Mengenai HKFC, ia ditubuhkan pada tahun 2021 menerusi cetusan idea ‘Projek Menjelang 2000’ (PM2000) Kedah Darul Aman daripada Allahyarham Datuk Paduka Haji Ahmad Basri Bin Mohd Akil ketika 1991.

Tujuan utama projek ini diperkenalkan adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak profesional buat Kedah serta skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk sikap dan pengetahuan para pemain dalam industri bola sepak antarabangsa dengan membabitkan tunas-tunas baharu.

HKFC turut mencipta kolaborasi bersama rakan strategik lain untuk terus menjayakan program diharungi seperti PDRM FC selaku rakan rasmi untuk pembangunan akar umbi serta Kolej Sultan Abdul Hamid yang berpangkalan di Alor Star, Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN