Tiada Momen ‘Magis’ Terhasil, Malaysia Sekadar Seri Berdepan Kyrgyzstan

Malaysia berjaya meraih satu mata penting untuk terus menghidupkan peluang mereka dalam aksi Kumpulan D dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ketika bertemu Kyrgyzstan.

Tampil dengan serba kekurangan, ianya tidak menghalang skuad kendalian Kim Pan-gon untuk meraih keputusan seri 1-1 sewaktu berdepan cabaran besar tuan rumah.

Awal permainan menyaksikan kedua pasukan saling seimbang dengan beberapa usaha dibuat para pemain Malaysia untuk cuba mendapatkan jaringan awal di gelanggang lawan.

Setelah 10 minit permainan berlangsung, masih belum ada sebarang percubaan berbahaya dibuat kedua pasukan dengan masing-masing berwaspada dalam menggerakan bola.

Selepas 15 minit perlawanan, Kyrgyzstan mula menguasai permainan menerusi beberapa siri serangan dilancarkan sehingga memaksa Harimau Malaya lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Malaysia hampir memperoleh jaringan mereka menerusi satu percubaan berbahaya Endrick dos Santos sebelum ianya sedikit tersasar untuk mengecewakan kem kebangsaan daripada memperoleh gol sulung.

Tuan rumah terlebih dahulu mendapat jaringan sulung mereka pada minit ke-25 menerusi Alykulov Gulzhigit yang tenang menewaskan Azri Ghani untuk berada di hadapan.

Selepas beberapa kali cuba bangkit, akhirnya Harimau Malaya kembali menyamakan kedudukan menerusi ledakan sendiri pemain tuan rumah, Valerii Kichin pada minit ke-39 selepas menerima satu umpanan cantik daripada Endrick dari luar petak penalti.

Bersambung di separuh masa kedua, tuan rumah meningkatkan intensiti permainan mereka dalam usaha untuk kembali mendahului Malaysia.

Memasuki minit ke-65, jelas Kyrgyzstan lebih banyak menguasai permainan selain pasukan pelawat masih cuba untuk menyesuaikan diri di atas padang serta lebih banyak bertahan daripada menyerang.

15 minit perlawanan menyaksikan masih tiada sebarang perubahan dibuat oleh Kim dalam kalangan pemain dan aksi ditampilkan Harimau Malaya juga kurang menyakinkan.

Paulo Josue hampir memberi gol kemenangan sebenarnya buat Malaysia pada minit ke-82, namun rembatan pemain naturalisasi dari Brazil itu hanya menuju tepat ke arah penjaga gol lawan.

Keputusan perlawanan tamat dengan Malaysia berjaya mengikat Kyrgyzstan di gelanggang lawan dan perhitungan terakhir seterusnya menyaksikan Harimau Malaya akan bertemu Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)

Kesebelasan Utama

Kyrgyzstan: Tokotaev Erzhan (Penjaga Gol), Kichin Valerii (Kapten), Tamirlan Kozubaev, Shamurzaev Amantur, Khristiian Brauzman, Joel Kojo, Alykulov Gulzhigit, Abdurakhmanov Odilzhon, Kairat Zhyrgalbek Uulu, Alimardon Shukurov, Erbol Atabaev

Malaysia: Azri Ghani (Penjaga Gol), Matthew Davies, Dominic Tan, Stuart Wilkin, Endrick dos Santos, Muhammad Safwan Mazlan, Nooa Laine, Paulo Josue, Akhyar Rashid, Dion Cools (Kapten), Corbin Ong

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN