Adib Ra’op Pegang Nasihat Daripada Akmal Rizal & Faiz Subri Bersama Malaysia

Pemain lincah Penang, Adib Ra’op mengakui dirinya telah pun menerima nasihat berguna daripada dua pemain legenda sebagai pegangan terbaik untuk bersama Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Buat pertama kali menyarung jersi Malaysia, pastinya Adib akan memerlukan banyak masa untuk cuba menyesuaikan diri serta mengalami sedikit tekanan berbanding mewakili kelab.

Apatah lagi kini Harimau Malaya sedang berdepan tugas getir untuk mengelak daripada sebarang keputusan negatif dalam misi cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Nama Adib menjadi suatu tumpuan sebenarnya bersama kem kebangsaan, selepas beliau tampil menyerlah sejak beberapa musim ini bersama Penang sehingga memikat kejurulatihan kebangsaan.

Berkelebihan beraksi di posisi sayap serta pertahanan kiri, ianya tidak sukar untuk membuatkan Kim Pan-gon memilih beliau serta menilai sendiri kesesuaian pemain itu untuk Harimau Malaya.

Musim lalu sahaja menyaksikan Adib telah pun beraksi sebanyak 25 perlawanan bersama Penang serta berjaya merekodkan tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.

Lebih menarik, pemain kelahiran Perak itu juga kerap diberi peranan selaku pemain sayap selain dominan sebagai pertahanan kiri buat pasukan kerana kelebihan dimilikinya itu.

Malah sebelum ini Kim sendiri mengakui Adib memiliki segala kelebihan yang lengkap dan meletakkan harapan tinggi akan kualiti pemain tersebut untuk membantu Malaysia.

Untuk tampil lebih baik bersama kem kebangsaan kini yang sudah pun berada di Kyrgyzstan, Adib mengakui beliau telah menerima nasihat terbaik daripada dua legenda bola sepak iaitu Faiz Subri serta pengendali Penang sendiri, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

“Faiz Subri ada bagi nasihat…jurulatih Akmal ada bagi nasihat, supaya jangan risau, jangan takut apa-apa pun sebab ini pertama kali bagi saya.

“Jadi dia pesan bagi terbaik bagi pasukan, naikkan nama sendiri dan kekal fokus,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Ketika ini, ramai menjangkakan Adib berkemungkinan besar bakal menjadi senjata rahsia Kim Pan-gon untuk dibawa turun dalam kesebelasan utama selaku pengganti Faisal.

Tampil dengan kelincahan mengawal bola serta kreatif membuat hantaran ke dalam petak penalti, ada kemungkinan besar Adib mampu bersinari bagi dua aksi Kelayakan Piala Dunia ini bersama Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN